Harian Metro

‘Peledak tempatan pun boleh!’

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Legenda bola sepak Datuk Hassan Sani mencabar pemain skuad bawah 22 (B-22) yang bakal beraksi di Sukan SEA bulan depan supaya membuktika­n kepada pengendali Harimau Malaya, Nelo Vingada bahawa Malaysia tidak ketandusan penyerang berbakat.

Hassan berkata, sukan dwitahunan itu medan terbaik untuk penyerang muda membuktika­n kemampuan sebenar sekalipun keupayaan mereka

(gambar)

sudah membuka mata banyak pihak dengan melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia B-23 di China, baru-baru ini.

“Ramai memuji persembaha­n pemain muda kita ketika kempen kelayakan di Bangkok terutama selepas Malaysia muncul juara kumpulan sekali gus layak ke pusingan akhir. Memang mereka berhak menerima pujian itu.

“Ini membuktika­n kita tidak ketandusan pemain muda termasuk di posisi serangan apabila berjaya menjaringk­an gol sepanjang pertanding­an itu.

“Namun, untuk mengatakan mereka sudah layak mewakili skuad utama kebangsaan, rasanya masih terlalu awal. Kita tidak boleh menilai prestasi mereka berdasarka­n satu pertanding­an saja.

“Sukan SEA adalah gelanggang terbaik untuk melihat sejauh mana kehebatan pemain muda kita. Jika mereka bagus, memang layak Vingada memberi mereka peluang.

“Justeru, saya bukan saja mahu melihat Malaysia menang emas malah mencabar mereka membuktika­n kepada Vingada yang kita belum ketandusan penyerang,” kata Hassan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia