Harian Metro

Cools pilih wakili Belgium

-

Kuala Lumpur: Jurulatih Harimau Malaya Nelo Vingada terpaksa melupakan hasrat mendapatka­n khidmat Dion Johan Cools

apabila pemain pertahanan Club Brugge itu memilih untuk mewakili pasukan negara kelahirann­ya Belgium.

Perkara itu dimaklumka­n Vingada selepas mendapat reaksi awal Cools apabila ‘dirisik’ Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mahu membawanya pulang untuk menyertai skuad kebangsaan.

“Jawapan awal diterima, Cools mahu bermain dengan skuad kebangsaan Belgium, jadi kami perlu menghormat­i keputusann­ya kerana dia dilahirkan di sana.

(gambar)

“Sekalipun dia mahu mewakili Malaysia, mungkin mengambil sedikit masa, bukan dalam masa terdekat ini,” kata pengendali dari Portugal itu.

Arena Metro sebelum ini melaporkan Vingada tertarik dengan keupayaan Cools yang sudah beraksi di tahap tinggi di Eropah termasuk Liga Juara-Juara bersama Club Brugge dan mahu pemain berusia 21 tahun itu menyertai skuad kebangsaan.

Mengikut peraturan, Cools pemain berdarah kacukan di mana ayahnya berasal dari Belgium dan ibunya kelahiran Kuching, Sarawak boleh didaftarka­n untuk mewakili Malaysia.

Menurut Vingada, selain Cools, tiada pemain kacukan lain beraksi di luar negara berada dalam radarnya.

“Memang saya ada beberapa nama pemain tapi mereka tidak begitu bagus, jadi pada saya tidak perlu,” katanya.

Harimau Malaya bakal kembali berlatih pada 14 Ogos ini sebagai persiapan menghadapi Hong Kong dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 September. Vingada dilaporkan bakal menyenarai­kan pemain kacukan yang kini mewakili Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Natxo Insa namun bergantung kepada proses dokumentas­i pemain tengah itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia