Harian Metro

Harimau ada tiga aksi kelas A

- Azlan Hafeedz sukan@hmetro.com.my Rizar Mohd Noor sukan@hmetro.com.my

Johor Bahru: Tiga aksi persahabat­an antarabang­sa kelas A sudah dirancang pengendali Harimau Malaya Nelo Vingada bagi persiapan menghadapi Hong Kong pada saingan Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019, 5 September ini.

Vingada yang ditemui Arena Metro ketika hadir menyaksika­n pertembung­an saingan Liga Super membabitka­n Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dan Perak di Stadium Larkin, kelmarin berkata tiga perlawanan itu membabitka­n aksi menentang Syria, Macau dan Myanmar.

Beliau menambah, 24 pemain akan menjalani latihan pusat di Melaka pada 14 Ogos depan sebelum aksi pertama persahabat­an menentang Syria di Stadium Hang Jebat, 22 Ogos.

“Buat masa ini, 24 pemain yang akan dipanggil menjalani latihan di Melaka tidak membabitka­n pemain bawah 23 tahun kerana mereka perlu beraksi di Sukan SEA.

“Selepas menentang Syria, kami akan ke Macau untuk bertemu skuad kebangsaan negara itu pada 25 Ogos sebelum menentang Myanmar, 29 Ogos.

“Berikutan persiapan dirancang itu, saya optimis semuanya akan berjalan lancar untuk kami menghadapi Hong Kong nanti,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkina­n beliau memanggil pemain kacukan Natxo Insa untuk menyertai latihan Harimau Malaya, pengendali dari Portugal menegaskan ada beberapa dokumentas­i yang perlu dilengkapk­an sebelum menyenarai­kan pemain tengah skuad Harimau Selatan itu.

Beliau tidak menafikan corak permainan Insa menepati ciri-ciri pemain dicari untuk mengemudi barisan tengah namun perlu mengikut peraturan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) dan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC).

“Buat ketika ini, saya belum memanggil Insa untuk menjalani latihan, biarlah urusan dokumentas­i pemain itu diselesaik­an dulu,” kata Vingada.

 ??  ?? PEMAIN Kedah Baddrol Bakhtiar (kanan) menanduk bola sambil diasak pemain Kelantan Mohd Farisham Ismail (kiri).
PEMAIN Kedah Baddrol Bakhtiar (kanan) menanduk bola sambil diasak pemain Kelantan Mohd Farisham Ismail (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia