Harian Metro

‘Diam je ke?’ Harimau Kumbang buang badi

- Mohd Rafi Mamat sukan@hmetro.com.my Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my Rudy Syareme Sheriffudi­n sukan@hmetro.com.my

 Jamal gesa PBNP duduk semeja bersama FAM

Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) perlu membuat sesuatu untuk membela nasib jurulatih Dollah Salleh bagi meringanka­n hukuman Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke atas dirinya.

“Selain mengemukak­an surat rayuan untuk mengurangk­an hukuman, PBNP juga boleh mengadakan pertemuan dengan pegawai FAM bagi membincang­kan nasib jurulatih (Dollah) yang kini tidak boleh terbabit terus dengan pasukan Pahang.

“Sebagai majikan, PBNP perlu memberi perhatian serius terhadap perkara ini kerana

(gambar)

Kuala Lumpur: Kemenangan 2-1 ke atas T-Team meneruskan kebangkita­n dramatik PKNS FC sejak kelab berpangkal­an di Kelana Jaya itu dibimbing pengendali baru Sven Gartung awal bulan ini.

Ternyata sentuhan bekas penolong jurulatih kelab FC membabitka­n masa depan Dollah bersama pasukan. Tanpa kelibat jurulatih berpengala­man itu, prestasi pasukan akan terumbang ambing,” kata bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail.

Menurutnya, skuad Tok Gajah memerlukan jurulatih seperti Dollah bagi membentuk pasukan berkualiti untuk bersaing dalam kancah Liga Malaysia dan tanpa cetusan idea jurulatih terbabit, tidak mustahil prestasi pasukan akan tergugat.

Katanya, rayuan mengurangk­an penggantun­gan termasuk denda perlu dilakukan segera sebagai bukti PBNP mengambil berat terhadap Dollah yang banyak membantu pasukan mencipta kejayaan membanggak­an sebelum ini.

Jamal berkata, sebagai rakan, beliau simpati dengan apa ditanggung bekas jurulatih kebangsaan itu dan mendakwa ada pihak seolah-olah cuba menutup periuk nasi dan menyekatny­a daripada terus membimbing Pahang musim ini.

“Saya berharap jawatankua­sa tatatertib FAM dapat menimbang semula hukuman dikenakan terhadap Dollah. Hukuman penggantun­gan 18 bulan dan denda RM30,000 terlalu berat dan tidak setimpal dengan kesalahan.

“Tiada ada pihak yang menang dan tewas dalam kes ini. Selaku badan induk bola sepak negara, sebarang hukuman perlu berlandask­an peraturan sebenar bukan ada unsur lain di sebaliknya,” katanya. Batu Kawan: Pulau Pinang berjaya membuang badi kekalahan yang membelengg­u apabila menang 2-0 ke atas Pahang di Stadium Negeri, malam kelmarin.

Gol pertama tuan rumah dijaringka­n Mark Hartmann pada minit kelapan apabila menanduk masuk sepakan percuma Azidan Sarudin manakala gol kedua terhasil menerusi rembatan Sanna Nyassi, minit ke-65.

Kejayaan ketiga skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu diharap mampu memberi suntikan semangat buat Harimau Kumbang yang berhasrat kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

Sebelum ini, Pulau Pinang mengalahka­n FELDA United (1-0) dan Melaka United (3-2) namun Harimau Kumbang dipisahkan dengan jurang mata yang jauh dengan kelompok atasan.

“Sudah sekian lama kami tidak menang di laman sendiri tapi akhirnya malam ini (kelmarin) dan antara faktor kemenangan itu adalah pemain memanfaatk­an peluang dengan baik,” katanya.

Menurutnya, strategi menurunkan semua empat import Brandon McDonalds, Mark Hartmann, Nigel Dabinyaba dan Nyassi nyata membuahkan hasil.

 ??  ?? PEMAIN PKNS FC Patrick Ronaldinho Wleh (tengah) diasak pemain T-Team Abdoulaye Youssouf Maiga (dua dari kanan) di Stadium Shah Alam.
PEMAIN PKNS FC Patrick Ronaldinho Wleh (tengah) diasak pemain T-Team Abdoulaye Youssouf Maiga (dua dari kanan) di Stadium Shah Alam.
 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia