Harian Metro

Bimbang pemain mudah cedera

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz sukan@hmetro.com.my

Maran: Pengendali FELDA United B Sathianath­an bimbang jadual padat diharungi skuad kendaliann­ya akan mendedahka­n pemain kepada risiko kecederaan.

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata, kepadatan jadual perlawanan dalam Liga Super dan Piala Malaysia membuatkan mereka keletihan sekali gus berisiko ditimpa kecederaan.

Bagaimanap­un, Sathianath­an memberitah­u, beliau terpaksa mengharapk­an pemain sama untuk beraksi dalam dua pertanding­an itu kerana hanya mempunyai 14 atau 15 pemain berkualiti untuk diturunkan.

“Agak sukar pasukan seperti kami yang bergantung kepada 14 atau 15 pemain, ditambah lagi faktor lain seperti umur serta perjalanan jauh untuk ke stadium. Jadual ini sesuai untuk pasukan yang mempunyai 20 pemain berkualiti.

“Saya harap pemain tidak dibelenggu masalah kecederaan kerana kami masih ada beberapa perlawanan Liga Super selain kedudukan belum selamat dalam saingan Piala Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas aksi FELDA United menentang Selangor, malam kelmarin.

Sementara itu, pengendali Selangor P Maniam berkata, ketiadaan dua import, Andik Vermansyah dan Rufigo Segovia akibat kecederaan jelas menjejaska­n prestasi pasukan.

“Kita tidak bermain baik pada separuh masa pertama dengan membiarkan lawan menguasai bahagian tengah seterusnya menjaringk­an gol hasil ‘set piece’,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN FELDA United Thiago Augusto (tengah) meraikan jaringan ketika menentang Selangor.
PEMAIN FELDA United Thiago Augusto (tengah) meraikan jaringan ketika menentang Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia