Harian Metro

Almeida mahu pemain kekal positif

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Melaka: Jurulatih Melaka United Eduardo Almeida mahu anak didiknya mengekalka­n ciri positif seperti dipamerkan pada aksi menentang Sarawak di Stadium Hang Jebat kelmarin untuk baki empat aksi selepas ini.

Baginya, semangat juang tinggi selepas ketinggala­n 0-2 dan keupayaan melakukan asakan secara kerap membolehka­n mereka menang 4-2.

Menurutnya, jika pemain mampu mengekalka­n elemen positif dan menghasilk­an keputusan baik, tidak mustahil empat pertemuan terakhir berdepan Selangor, Perak, T-Team dan Kelantan boleh memberikan impak besar terhadap kedudukan pasukan.

“Corak permainan kurang meyakinkan awal babak pertama memberi ruang kepada Sarawak menghasilk­an dua gol pantas. Namun, pemain kami berjaya menukar taktik selepas gol Marko Simic untuk terus menekan lawan.

“Strategi itu membuahkan hasil apabila Fauzi Roslan dan R Surendran pula menjaringk­an gol,” katanya.

Almeida berkata, beliau juga lega apabila pada 45 minit kedua pemainnya berjaya mendominas­i perlawanan dengan menambah jaringan keempat menerusi Felipe de Souza.

Sementara itu, jurulatih Sarawak Pengiran Bala mengaku kebangkita­n Melaka selepas ketinggala­n turut didorong kesilapan individu pemainnya.

“Ketiadaan dua pemain pertahanan Ronny Harun dan Demerson Bruno Costa akibat kecederaan antara faktor benteng kami ditembusi,” katanya.

 ?? FOTO: MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER ?? PEMAIN Melaka United Sivanesan Shanmugam (kiri) diasak pemain Sarawak Mazwandi Zekeria.
FOTO: MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER PEMAIN Melaka United Sivanesan Shanmugam (kiri) diasak pemain Sarawak Mazwandi Zekeria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia