Harian Metro

Peluang kembangkan profil

- DARI MUKA 1

Mira mungkin selit sesi

fotografi OOTD tudung keluaranny­a

“Saya bersyukur kerana daripada ramai selebriti tempatan, saya terpilih.

“Sedikit sebanyak, ini akan membantu saya mengembang­kan jalur hubungan dengan mereka yang berpengaru­h dalam dunia fesyen di New York nanti.

“Pada masa sama, saya akan gunakan peluang ini untuk kembangkan profil bukan saja sebagai pelakon tetapi juga usahawan yang mula berjinak-jinak dalam bidang fesyen,” katanya.

Kata Mira, ini kali pertama dia terbang ke New York.

“Sebelum berlangsun­g minggu fesyen itu, saya akan menjalani beberapa sesi fotografi untuk jenama yang diwakili.

“Selain itu, kerana ini adalah kali pertama, mungkin saya akan selitkan sesi fotografi ‘Outfit Of The Day’ (OOTD) tudung keluaran saya dan sebagainya,” kata Mira.

Ditanya sama ada dia risau sekiranya namanya dilupakan sebagai pelakon apabila memperlaha­nkan kerjaya lakonan, Mira yakin dengan rezeki yang sudah tertulis untuknya.

“Saya tidak terlalu risau mengenainy­a. Kalau ada produk baru, drama baru dan sebagainya orang akan nampak serta ingat semula.

“Lagipun, saya bukan berehat lama sebaliknya memenuhi komitmen yang datang lebih awal.

“Tawaran yang datang dulu, saya akan terima. Saya lebih cenderung memilih telefilem berbanding drama memandangk­an penggambar­an tidak ambil masa yang panjang,” katanya.

Terbaru, Mira baru selesai penggambar­an mengacarak­an program Mahligai Cinta.

Selain itu, telefilem lakonannya iaitu Dosa Perempuan lakonan bersama Redza Rosli dan Nad Zainal bakal menemui penonton tidak lama lagi menerusi slot Cerekarama. -Syafil Syazwan Jefri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia