Harian Metro

Bawa anak jadi syarat

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Selepas berkahwin dan bergelar ibu kepada dua cahaya mata, pelakon serta penyanyi Betty Banafe memperlaha­nkan seketika aktiviti seninya untuk memberi fokus kepada rumah tangga.

Hakikatnya, pemilik nama sebenar Ibtisam Abu Bakar Banafe ini masih mencintai bidang seni yang sudah sebati dengan dirinya.

“Sebelum ini, saya terpaksa memperlaha­nkan aktiviti seni kerana dua anak masih menyusu badan.

“Selepas kelahiran anak kedua, suami beri kebenaran untuk saya kembali bekerja termasuk berlakon,” katanya.

Betty mengakui dia terpaksa menurunkan berat badannya sebelum kembali aktif berlakon dan menyanyi.

“Saya sudah biasa bekerja sejak zaman remaja. Selepas berkahwin dan melahirkan anak, suami mahu saya duduk di rumah dan fokus pada keluarga.

“Saya stres bila duduk di rumah lama sangat hingga berat badan naik mendadak mencecah lebih 70 kilogram selepas kelahiran anak kedua.

“Selepas melihat keadaan saya yang stres, gemuk dan tiada keinginan untuk berhias, akhirnya suami beri kebenaran kembali bekerja.

“Namun dengan syarat saya perlu membawa anak sekali apabila keluar rumah,” katanya.

Mengulas lanjut sisi peribadiny­a, Betty mengakui hidupnya dan suami bahagia sejak berkahwin lima tahun lalu.

“Tak dinafikan, setiap rumah tangga ada turun naiknya dan ia asam garam dalam hidup.

“Alhamdulil­lah, kami bahagia setakat ini. Suami mahukan anak lagi dan insya-Allah kalau ada rezeki, saya bersedia menambah cahaya mata,” katanya.

Betty berkahwin dengan Bruce Dargus yang berdarah kacukan Lubnan-Inggeris pada 8 Disember 2012.

Hasil perkongsia­n hidup, pasangan ini dikurniaka­n dua anak iaitu Julia Claire Dargus, 3 dan Dean Dargus, 1.

KEMBALI DENGAN FILEM

Selepas empat tahun menyepi, Betty kembali mengubat kerinduan peminat dengan projek filem barunya, Hijabsta Ballet yang bakal menjengah pawagam bermula 3 Ogos ini.

Filem arahan Syed Zulkifli Syed Masir (Syed Zul Tojo) ini terbitan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) dan Explosive Magic Sdn Bhd (EMAGIC).

Selain Betty, ia menampilka­n gandingan bakat baru dan berpengala­man seperti Puteh Maimun Zahra, Danny Syazlee, Afeera Rahman@Batrisya, Aida Khalida, Aman Graseka dan Keena.

Menurut Betty, dia menerima lamaran membintang­i filem itu kerana tertarik dengan naskhahnya.

“Filem ini ada kelainan kerana ia bukan saja mengupas isu wanita Islam, tetapi juga soal diskrimina­si dalam kerjaya dan bidang diceburi wanita.

“Bagi saya, filem ini seolah-olah menghidupk­an kembali karya hebat Allahyarha­m Yasmin Ahmad dulu,” katanya.

Betty berkata, watak emak kepada heroin yang dilakonkan dalam filem itu mencabar lakonannya.

“Selepas bergelar ibu, saya dapat menjiwai watak emak lebih baik seperti dikehendak­i skripnya.

“Kebetulan, berat badan saya naik ketika ditawarkan berlakon dalam cerita ini dan ia memang sesuai melakonkan watak lebih berusia,” katanya.

Ditanya gandingan dengan bakat baru dalam filem itu, kata Betty, semua pelakon yang ditampilka­n boleh diketengah­kan dalam bidang seni.

“Pada mulanya saya ragu-ragu untuk berganding­an dengan Puteh Maimun yang melakonkan watak utama kerana dia tidak pernah berlakon.

“Namun, hasil bimbingan pengarah semua pelakon terutama Puteh sangat komited dan dapat menjiwai watak dengan bagus,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BETTY bersama
dua anaknya.
BETTY bersama dua anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia