Harian Metro

‘Tak mahu ubah ciptaan Tuhan’

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Sarah tolak tawaran rawatan kosmetik untuk kecilkan wajah

Selebriti dan imej menarik memang tidak dapat dipisahkan. Itulah yang dihadapi penyanyi Sarah Fazny apabila ada beberapa jenama kecantikan berminat menawarkan rawatan kosmetik untuknya.

Ini termasuk mengecilka­n wajah dan rahang kerana ia menjadi trend wanita Asia mutakhir ini.

Namun begitu, penyanyi berusia 22 tahun ini ada pendirian dalam mempertaha­nkan penampilan­nya.

“Saya tak mahu ubah ciptaan Tuhan dan tidak berminat dengan perkara sebegini.

“Saya tahu, kadangkada­ng sukar jurugambar mencari sudut terbaik wajah saya ketika sesi fotografi. Bagi saya itulah identiti saya dan tak perlu ubah apa-apa,” katanya.

Dek bentuk wajahnya itu juga, Sarah menggelar dirinya Cik Petak.

“Pada awalnya, ramai memanggil saya ‘Petak’ dan sebagainya, merujuk kepada bentuk wajah saya. Jadi, saya gelarkan diri saya Cik Petak dan gunakan gelaran itu di Instagram.

“Di luar negara, ramai yang menghargai kelainan pada orang lain. Kalau semuanya berwajah runcing, nanti sama saja saya dengan orang lain,” katanya.

Beralih perihal karier, Sarah rancak mencari material untuk single ketiganya.

“Kalau boleh, saya mahukan lagu yang lebih sesuai dengan kehendak saya dan peminat. Dua single sebelum ini iaitu Tak Mungkin dan Urusan Hati tidak mencapai apa yang saya inginkan.

Jadi saya akan lebih teliti untuk single ketiga ini.“Saya akui sukar menjangka genre pilihan pendengar Malaysia hari in kerana ia sentiasa berubah dan peralihann­ya sangat pantas.

“Semuanya berbalik kepada rezeki dan tuah. Usaha sahaja tidak cukup. Harap percubaan saya kali ini menjadi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia