Harian Metro

Hani mahu bukti kemampuan

Nekad cuba nasib buat kali kedua dalam program realiti Clever Girl

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Musim kedua program realiti Clever Girl yang bakal bersiaran di TV3 pada 4 Ogos ini menampilka­n 14 wanita bijak daripada pelbagai latar belakang menarik.

Kali ini, program bercorak permainan itu dimeriahka­n dengan kehadiran pelakon Hani Nazrina Hanizar, 21, yang mewakili Perlis.

Pelakon drama Shh... I Love You ini nekad mencuba nasib buat kali kedua selepas hanya bertahan dalam senarai Top 28 pada musim pertama Clever Girl tahun lalu.

Graduan Sarjana Muda Sains Aktuari Universiti Kebangsaan Malaysia ini tidak pernah kenal erti berputus asa kerana mahu membuktika­n dia pelakon yang berpengeta­huan.

“Berlakon memerlukan bakat, namun program ini menguji kepintaran peserta dalam pengetahua­n am. Oleh itu, saya berminat menyertain­ya,” katanya pada sidang media pengumuman peserta Clever Girl, kelmarin.

Dalam pada itu, Hani yang turut membintang­i drama Memori Pajeri Nenas berharap Clever Girl dapat memberi inspirasi kepada wanita.

“Saya sudah bersedia berdepan cabaran minggu pertama Clever Girl. Malah, saya turut menolak tawaran berlakon agar dapat menumpukan perhatian terhadap pertanding­an ini,” katanya.

Pada sidang media itu, penerbit Shazreena Mohd Kassim menggambar­kan peserta musim kali ini lebih bijak kerana soalan yang bakal dikemukaka­n kepada mereka lebih sukar berbanding musim lalu.

“Paras rupa dan tahap pendidikan kurang penting kerana program ini memerlukan peserta bijak. Ada peserta yang menyertai sesi uji bakat hanya memiliki diploma,” katanya.

Ujar Shazreena, produksi sudah bersedia berdepan kritikan penonton yang mungkin kurang berpuas hati terhadap soalan yang bakal diutarakan kepada peserta nanti.

“Musim lalu kami menerima banyak komen negatif, jadi kali ini kami perlu membuat semakan semula bagi memastikan soalan tidak sensitif sebelum pro- gram bersiaran.

“Berdasarka­n pengalaman dan maklum balas penonton, kami memutuskan untuk memberikan soalan lebih mencabar kepada peserta.

“Bagaimanap­un, semua soalan daripada Mensa dan bukannya dibuat produksi,” jelasnya.

Menurutnya, program kali ini ada ujian subjektif dan teka-teki kerana ramai penonton memberi reaksi lebih menyukai cabaran seperti itu.

“Pada musim lalu, soalan diberikan kepada peserta merangkumi pelbagai genre, namun kami mendapati bukan semua penonton boleh menerimany­a. Ada penonton mempersoal­kan kenapa tanya soalan berkaitan hiburan?,” katanya.

Peserta lain musim kedua Clever Girl ialah

Sara yang mewakili Perak, Kiera (Pulau Pinang), Alia (Melaka), Visha (Johor),

Lylia (Kedah), Fadila (Negeri Sembilan), Mas (Kuala Lumpur), Shaza (Kelantan), Ain (Pahang), Emyllia (Terengganu), Ika (Sabah), Shazana (Selangor) dan Camy (Sarawak).

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Clever Girl yang mengetenga­hkan konsep intelektua­l akan bersiaran setiap Jumaat jam 9 malam dan menampilka­n pengacara Alif Satar.

Musim pertama Clever Girl tahun lalu menyaksika­n anak kelahiran Kelantan, Fatin dinobatkan juara.

Sesi uji bakat di beberapa lokasi pada April dan Mei lalu menyaksika­n kehadiran lebih 1,000 peserta.

Sementara itu, Clever

Girl turut menyediaka­n talian hayat bagi memberi peluang kepada penonton untuk membantu peserta menjawab soalan sukar di Pusingan Penentuan: Penyingkir­an.

Pembaca boleh melayari www.tv3.com.my/clevergirl untuk mendapat maklumat lanjut program ini.

Saya turut menolak tawaran berlakon agar dapat menumpukan perhatian terhadap pertanding­an ini

Hani

 ??  ?? ALIF bersama 14 peserta Clever Girl.
ALIF bersama 14 peserta Clever Girl.
 ?? FOTO ZUNNUR AL SYAFIQ ?? HANI
FOTO ZUNNUR AL SYAFIQ HANI
 ??  ?? SHAZREENA
SHAZREENA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia