Harian Metro

Reaksi terhadap perang

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.

Pameran tampil 16 hasil karya artis tempatan

dan antarabang­sa gabung pelbagai genre

Menjadi pelarian Palestin yang tinggal di Kem Pelarian Nahr al-Bared di Lubnan dan pengalaman menyaksika­n pesawat pejuang Israel membedil bangunan dan kediaman memberi inspirasi kepada seorang pelukis negara berkenaan untuk menghasilk­an karya seni yang kreatif.

Menggunaka­n bahan campuran daripada serpihan bahan buangan yang rosak seperti pakaian, zink dan batang paip air PVC akibat serangan itu sebagai medium lukisan itu juga menjadikan kerja tangan Abdul Rahman Katanani begitu unik dan menarik.

Penonton diajak untuk menghayati perasaan hati, nukilan jiwa, coretan naluri dan ekspresi pengkarya yang ditonjolka­n dalam karya itu yang sarat unsur kemanusiaa­n.

Lukisan genre surealisme bertajuk wanita dalam khemah perperanga­n itu boleh dihayati dalam Pameran Kedamaian, Peperangan, Konflik dan Sosial Harmoni di Galeri RA Fine Arts.

Pameran itu menampilka­n 16 hasil karya artis tempatan dan antarabang­sa yang menggabung­kan pelbagai genre karya lukisan serta medium termasuk cat minyak atas kanvas dan akrilik.

Barisan artis terbabit ialah Zulkifli Yusoh, Allahyarha­m Jeri Azhahar, Abdul Rahmn Katanani, Cazim Sarajlic, Agusawage dan Kartika Affandi.

Pengkarya antarabang­sa itu adalah daripada Palestin, Bosnia, Vietnam dan Indonesia yang mempunyai sejarah diserang dan dijajah.

Pengarah RA Fine Arts Raja Ahmad Aminullah berkata, lukisan yang dihasilkan artis terbabit adalah reaksi mereka terhadap situasi di negara masingmasi­ng.

“Pemilihan tema itu kerana situasi di dunia pada masa ini yang semakin tergugat dari segi keamanan apabila banyak negara dilanda konflik peperangan terutama di negara Timur Tengah.

“Ia perlu ditangani segera supaya hak asasi manusia sejagat dapat dibela,” katanya.

Katanya, pameran itu diadakan bertepatan dengan Hari Kemerdekaa­n negara yang bakal disambut tidak lama lagi.

Orang ramai dijemput hadir menghayati keindahan lukisan yang dihasilkan pelukis terbabit bermula 11 pagi hingga 6 petang setiap Selasa hingga Sabtu.

 ??  ?? INFO
Pameran Kedamaian, Peperangan, Konflik dan Sosial Harmoni ARTIS: Tujuh
JUMLAH KARYA: 16 LOKASI: RA Fine Arts Sendirian Berhad
No 11, Jalan Kampung Pandan,
Kuala Lumpur TELEFON: 0392012124
TARIKH: 15 Mei hingga 31 Ogos 2017
MASA: 11 pagi...
INFO Pameran Kedamaian, Peperangan, Konflik dan Sosial Harmoni ARTIS: Tujuh JUMLAH KARYA: 16 LOKASI: RA Fine Arts Sendirian Berhad No 11, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur TELEFON: 0392012124 TARIKH: 15 Mei hingga 31 Ogos 2017 MASA: 11 pagi...
 ??  ?? KARYA artis dari Palestin bertajuk Wanita Dalam
Khemah Perperanga­n menggunaka­n serpihan bahan
rosak akibat serangan.
KARYA artis dari Palestin bertajuk Wanita Dalam Khemah Perperanga­n menggunaka­n serpihan bahan rosak akibat serangan.
 ??  ?? ANTARA karya dalam Pameran Kedamaian, Peperangan, Konflik dan
Sosial Harmoni.
ANTARA karya dalam Pameran Kedamaian, Peperangan, Konflik dan Sosial Harmoni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia