Harian Metro

Masjid As-Salam taraf 5 bintang

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Masjid As-Salam di Puchong Perdana memiliki beberapa keistimewa­an yang menjadikan­nya begitu unik dan menarik.

Bukan saja diiktiraf sebagai masjid bertaraf lima bintang tetapi turut dikenali sebagai masjid terapung kerana 70 peratus struktur binaannya dibina di atas tasik daripada bekas lombong.

Ia memberikan panorama menarik kepada pengunjung kerana boleh menyaksika­n keindahan matahari terbenam pada waktu petang.

Dibina pada 2004 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 2006, masjid berkenaan menjadi salah satu mercu tanda utama di kawasan Puchong.

Apa yang menarik mengenai Masjid As-Salam ialah menjadi masjid pertama di Selangor yang menyediaka­n kemudahan lif kepada jemaah khususnya warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Pengurus masjid berkenaan Mohammad Salami Masri berkata, kemudahan lif digunakan pada tahun lalu dan kos pemasangan­nya melebihi RM100,000.

“Inisiatif ini dilakukan bagi memudahkan jemaah OKU dan warga emas yang berhadapan kesulitan menaiki tangga masjid untuk ke dewan solat.

“Tangga masjid ini agak tinggi dan curam menyukarka­n mereka menaikinya selain pihak pengurusan menerima banyak rungutan mengenai masalah itu,” katanya kepada Nuansa.

Katanya, Masjid As-Salam dibina menggabung­kan elemen reka bentuk Timur Tengah yang disesuaika­n dengan sentuhan bentuk moden.

“Reka bentuk masjid ini dikatakan mirip Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Terengganu, Masjid Tanjung Bunga di Pulau Pinang dan Masjid Putra, Putrajaya yang dibina di atas tasik.

“Namun begitu, ia tetap memiliki kelebihan tersendiri bagi menyerlahk­an nilai eksklusifn­ya,” katanya.

Beliau berkata, masjid berkenaan terbahagi kepada tiga tingkat iaitu aras bawah menempatka­n pejabat pentadbira­n, dewan seminar, perpustaka­an dan dewan serba guna.

“Aras satu ialah dewan solat utama untuk jemaah lelaki dan perempuan.

“Aras dua pula digunakan sebagai tabika Islam, kelas tahfiz dan ruang solat Jumaat dan hari raya,” katanya.

Menurutnya, seni reka Timur Tengah digunakan pada kubah utama dan dua kubah kecil, menara dan mihrab.

“Kombinasi antara warna emas pada kubah dan bangunanny­a pula berwarna kuning air menonjol keindahan masjid itu.

“Warna putih di dalam masjid menimbulka­n suasana ketenangan kepada jemaah sewaktu menunaikan solat,” katanya.

Katanya, mihrabnya ditulis dengan zikrullah yang memuji kebesaran Allah, ayat kursi dan ayat 144 surah al-Baqarah.

Jelasnya, antara pencapaian lain dicapai masjid itu ialah menerima Anugerah Masjid Terbaik Negeri Selangor pada 2009, 2011 dan 2014 serta Juara Anugerah Masjid Malaysia 2014.

Katanya, masjid itu juga aktif mengadakan pelbagai aktiviti bertepatan dengan visinya menjadikan Masjid As-Salam sebagai pusat ibadah, penyebaran dakwah, perkembang­an ilmu dan budaya Islam terkemuka.

Warna putih di dalam masjid menimbulka­n suasana ketenangan kepada jemaah sewaktu menunaikan solat

 ??  ?? MASJID As-Salam dikenali sebagai masjid terapung kerana 70 peratus struktur binaannya
dibina di atas tasik daripada bekas lombong.
MASJID As-Salam dikenali sebagai masjid terapung kerana 70 peratus struktur binaannya dibina di atas tasik daripada bekas lombong.
 ??  ?? MENYEDIAKA­N kemudahan lif.
MENYEDIAKA­N kemudahan lif.
 ??  ?? MENDAPAT
pelbagai pengiktira­fan.
MENDAPAT pelbagai pengiktira­fan.
 ??  ?? MOHAMMAD Salami
MOHAMMAD Salami

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia