Harian Metro

Kulit album Stacy kemuncak kejayaan

-

segmen kulit hadapan majalah, fesyen, profil dan juga produk. Namun keinginan yang begitu kuat mendalami ilmu dalam fotografi dan tidak hanya menjurus kepada mengambil gambar sematamata menyebabka­n anak muda ini menamatkan perkhidmat­an dan berhijrah ke New Zealand.

“Tujuan saya ke sana kerana ingin mendalami bidang imej digital yang ketika itu baru bermula. Oleh kerana perlu menampung kos sara hidup yang agak tinggi menyebabka­n saya terpaksa membuat pelbagai kerja. Antaranya pekerja kontrak dengan agensi pengiklana­n, pelayan restoran dan pemetik buah di ladang,” katanya.

Namun kehidupan di sana tidak semudah seperti yang disangkaka­n. Sebagai pemetik buah dia perlu bangun awal pagi dan menyelesai­kan tugasan di ladang. Walaupun hasil agak lumayan, ia amat memenatkan dan memerlukan tenaga fizikal yang kuat.

“Saya tidak tahu bagaimana mampu melakukann­ya. Namun ia pengalaman yang sangat berharga. Dengan wang inilah saya gunakan untuk belajar mengenai imej digital yang saya kira sangat maju di sana. Hampir setahun saya menetap di New Zealand. Walaupun mulai rasa keseronoka­nnya namun saya perlu pulang ke Malaysia kerana ada misi yang perlu diteruskan,” katanya.

Sekembalin­ya ke Malaysia, dengan langsung tiada peralatan mengambil gambar walaupun sebuah kamera, Wan Izhar bekerja dalam bidang perhotelan. Niatnya hanya sekadar menimba pengalaman dalam bidang khidmat pelanggan seterusnya mendalami teknik menguruska­n akaun dan perbelanja­an harian.

“Memang saya sangat tertekan berada dalam bidang perhotelan kerana serba-serbinya perlu sempurna. Namun saya akur inilah pengalaman terbaik yang dapat saya gunakan sekiranya ingin membuka perniagaan sendiri. Memikirkan perkara ini, ia sedikit sebanyak mengurangk­an bebanan fikiran saya,” katanya.

Ketika bekerja dalam bidang perhotelan itulah dia bertemu jurugambar tersohor Bustaman Mokhtar daripada White Studio. Menyedari bakat dan pengalaman yang tersendiri menyebabka­n Bustamam meminta Wan Izhar bekerja sebagai jurugambar di

 ??  ?? KULIT Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 2014 (AIM 2014).
KULIT Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 2014 (AIM 2014).
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA gambar fesyen yang dihasilkan­nya.
ANTARA gambar fesyen yang dihasilkan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia