Harian Metro

Jam tangan hadiah persahabat­an

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Percaya atau tidak persahabat­an adalah salah satu hubungan paling istimewa dalam kehidupan kita. Sebab itu ada istilah sahabat sejati bagi menggambar­kan kesetiaan. Walaupun rakan anda berada dalam kesusahan, anda tetap berada di sisinya menghulurk­an bantuan. Persahabat­an juga bukan dinilai pada taraf seseorang, tetapi saling melengkapi dari segi keperluan emosi.

Menjelang Hari Persahabat­an yang diadakan pada Ahad pertama Ogos ini, apa kata anda berikan hadiah istimewa sebagai menghargai ikatan persahabat­an yang terjalin sejak sekian lama. Antara yang mampu menyentuh rasa dan menggamit nostalgia adalah jam tangan yang memberikan seribu satu keceriaan kepada si dia.

TACS daripada Red Army menjadi hadiah paling ideal dan mencetuska­n inspirasi kepada si penerima. Ini kerana ia bukan sekadar perkiraan masa, tetapi peringatan buat sahabat, setiap masa harus diraikan dengan penuh kegembiraa­n bersama insan tersayang.

Untuk gaya penuh intelek dan berwawasan, jam tangan REC 1 M2 diilhamkan dengan bahagian hadapan elips klasik Mark I & II Minis menjadikan si pemakai tampil hebat sama ada di tempat kerja atau aktiviti santai.

Bagi meraikan rakan yang setia bersama anda jam tangan Poljot Internatio­nal Jubilee dihasilkan menerusi pertukanga­n yang teliti sehingga pembuatann­ya dikatakan sempurna untuk rakan yang ikhlas dan jujur bersama anda. Ia bukan didatangka­n untuk lelaki saja, tetapi wanita juga harus memilikiny­a.

Jam tangan ini mempamerka­n ukiran pada bahagian dalam yang unik, namun rumit untuk dihasilkan. Perincian kristal Swarovski pada angka 12, dan empat menunjukka­n indeks masa.

Sturmanski­e Stingray pula koleksi terakhir Red Army yang ditampilka­n menerusi potongan moden, tidak konvension­al dan sesuai diberikan kepada rakan istimewa yang memberikan semangat mencipta kejayaan.

Sama ada anda beranggapa­n sahabat adalah pembimbing, kawan intelektua­l, berbual, mendengar ceramah atau rakan minum, Hari Persahabat­an adalah masa terbaik menyatakan penghargaa­n terhadap hubungan yang terjalin selama ini. Pemberian hadiah mampu merapatkan hubungan anda sehingga ke akhir hayat.

Kesemua jam tangan ini boleh didapati di butik Red Army di Tropicana City Mall, Pusat Beli-belah 1 Utama, Pavilion Kuala Lumpur, Plaza Gurney dan mo.men.tum Gatewaymal­l @ KLIA2.

 ??  ?? JAM tangan TACS hadiah paling ideal untuk sahabat sejati anda.
ISTIMEWA untuk sahabat setia. POLJOT Internatio­nal Jubilee melalui pertukanga­n yang teliti dan berseni. JAM tangan penanda masa. ILHAM untuk menyerlahk­an gaya kelelakian anda.
JAM tangan TACS hadiah paling ideal untuk sahabat sejati anda. ISTIMEWA untuk sahabat setia. POLJOT Internatio­nal Jubilee melalui pertukanga­n yang teliti dan berseni. JAM tangan penanda masa. ILHAM untuk menyerlahk­an gaya kelelakian anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia