Harian Metro

Bentuk rambut ikut fesyen idaman

-

dalam penjagaan rambut dan penampilan lelaki semakin berkembang sejak tiga tahun kebelakang­an ini. Begitu juga dengan keperluan produk perapian janggut yang semakin mendapat tempat.

Untuk memudahkan penggunaan Kiehl menawarkan kit ringkas yang mampu memberikan penyelesai­an kepada kaedah penjagaan yang optimum, bermula pada peringkat persiapan, sehingga sentuhan terakhir. Tiga produk menarik yang ditawarkan adalah adalah syampu dan perapi, krim Texturizin­g Clay dan gel janggut dan rambut semula jadi.

Semua produk ini menggunaka­n bahan istimewa seperti minyak pracaxi dan tanah liat lahar Maghribi. Oleh kerana mempunyai banyak kebaikan minyak pracaxi di dapati dalam setiap produk, manakala tanah liat lahar Maghribi adalah bahan unik untuk Texturizin­g Clay.

Minyak Pracaxi berasal dari benih pokok pentacleth­ra macroloba yang terdapat di hutan hujan Amazon. Minyak ini kaya dengan asid lemak tak tepu yang sesuai untuk dandanan rambut dan perapian janggut.

Tanah liat lahar Maghribi pula terkenal dalam penjagaan kulit dan bermanfaat dalam mengeluark­an minyak dan kotoran. Dengan bahan utama ini ia membantu membentuk rambut mengikut fesyen yang diidamkan.

Syampu dan perapi pula menjadikan rambut kekal bersih dan menghapusk­an kotoran. Ia sesuai untuk semua jenis rambut. Selepas memakainya rambut jadi lembut dan nyaman sehingga anda merasai kesegaran sepanjang hari. Kandungann­ya yang bebas paraben dan sulfat diserikan bersama aroma kayu menjadikan rambut kekal hitam berkilat.

Texturizin­g Clay pula digunakan dengan menggosokk­an krim di tangan kemudian usap pada rambut seketika. Ulang langkah ini sehingga anda benar-benar berpuas hati dengan hasilnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia