Harian Metro

Penghantar­an percuma ke rumah

- DARI MUKA 20

Kepelbagai­an rekaan seperti kemeja, kurta dan baju Melayu memberi pilihan kepada pelanggan. Mungkin pada musim perayaan ramai mendapatka­n baju Melayu untuk digayakan sepanjang lebaran. Selepas berakhirny­a Syawal kemeja-T dan kurta pula mengambil alih pasaran kerana boleh digayakan untuk acara kasual. Jenama Bunkface misalnya yang memperkena­lkan kemeja-T dengan corak tersendiri menampilka­n potongan sendat dengan corak pada bahagian depan.

Kurta pula yang menggunaka­n material kapas boleh dipadankan dengan seluar denim atau slack dan digayakan ke pejabat atau pada hujung minggu. Menampilka­n pelbagai warna memikat semua koleksi busana lelaki yang terdapat di Roopawan bermula pada harga di antara RM39.90 sehingga ratusan ringgit. Pelayar boleh mendapatka­n koleksi fesyen lelaki terkini dengan servis penghantar­an percuma ke pintu rumah. Tiada caj penghantar­an dikenakan untuk ke seluruh Malaysia.

Sejak diperkenal­kan mulai Ogos 2016, Roopawan mencatatka­n sehingga 222,661 bilangan paparan halaman dan 18,244 jumlah pelawat unik. Antara jenama fesyen yang ditawarkan termasuk Al Emira, Annise & Babes (milik selebriti Anis Al-Idrus), Aisha Wong Couture,

Baju Foundry, Bunkface (milik artis berkumpula­n Bunkface), Celovis, Gung Jewellery, K’EET Jewels, Lila Majnun, Vermillion (milik pelakon Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah) dan Dokoh yang popular dalam kalangan selebriti.

Jenama antarabang­sa pula termasuk Tawaf Watch (United Kingdom), sejadah Qenza (Australia) serta jenama Muslim dari Kanada, Korea dan Indonesia. Menurut pengasas bersama Roopawan,

Mohd Fuad Mohd Noor sebagai portal beli-belah pilihan ramai, produk ditawarkan bukan hanya menempatka­n busana wanita sebaliknya turut menyediaka­n padanan lelaki.

“Jadi sama seperti wanita lelaki juga bebas bergaya dan mendapatka­n busana idaman dengan hanya melihat paparan di skrin komputer,” katanya yang bukan hanya menyasarka­n pembeli Muslim di Malaysia tetapi seluruh dunia.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KOLEKSI busana lelaki yang ditempatka­n dalam
portal Roopawan.
KOLEKSI busana lelaki yang ditempatka­n dalam portal Roopawan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia