Harian Metro

13,000 MERIAHKAN LARIAN

-

hati kerana dapat meneruskan kesinambun­gan program yang dianjurkan sejak dua tahun lalu.

Katanya, berbanding tahun terdahulu, edisi kali ketiga ini lebih istimewa kerana menampilka­n kategori baru yang dikhaskan untuk kanakkanak di samping penyertaan remaja dan veteran.

“Selain memupuk kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat, matlamat kita untuk menjadikan program larian ini sebagai salah satu aktiviti menyeronok­kan dan bermakna bagi setiap peserta.

“Kerana itu kita bekerjasam­a dengan syarikat insurans hayat terkemuka, AIA Bhd dalam usaha mencapai objektif program berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd Eric Chang berkata pihaknya teruja kerana dapat bersama penganjur dalam program larian berskala besar itu.

“Sebagai peneraju syarikat insurans hayat di negara ini, kami bertanggun­gjawab dalam mengajak masyarakat

Men’s and Women’s Health Night Run by AIA Vitality wujud kategori baru

khas untuk kanak-kanak

menjaga kesihatan mereka ke arah melahirkan komuniti yang lebih sihat.

“Oleh itu, program ini platform dan permulaan yang baik untuk rakyat Malaysia menuju ke arah hidup lebih sihat.

“Menerusiny­a, kami dapat lihat golongan pelbagai peringkat umur tidak kira muda mahupun berusia berhimpun dan bersamasam­a dengan satu matlamat,” katanya.

Program yang bermula seawal jam 5 petang itu dihoskan Natalie Kniese dan selain larian beberapa aktiviti lain turut diadakan bagi memeriahka­n acara.

Antaranya jualan di trak makanan dan minuman serta pemeriksaa­n kesihatan percuma di booth AIA di tapak acara.

 ??  ?? ANTARA peserta yang mengambil bahagian.
ANTARA peserta yang mengambil bahagian.
 ??  ?? PESERTA melakukan senaman bagi memanaskan badan sebelum memulakan larian.
PESERTA melakukan senaman bagi memanaskan badan sebelum memulakan larian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia