Harian Metro

Pembanguna­n berinovasi dan unik

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Bahagian utara Kuala Lumpur bakal berubah menjadi destinasi pelanconga­n bertaraf dunia apabila projek Bandar Sungai KL (KL River City) siap pada awal 2020.

Projek bernilai

RM950 juta itu sebagai usaha memulihara dan transforma­si Sungai Gombak sejauh 2.2 kilometer, menjadi sebuah pinggir sungai yang cantik bagi menyediaka­n gaya hidup sungai, landskap menarik dan tenang untuk dinikmati orang ramai khususnya penduduk ibu kota.

Bandar Sungai KL terletak dalam lingkungan Presint 1 dan 2 projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL) iaitu lokasi strategik berhampira­n hab utama pusat bandar raya seperti Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Segi Tiga Emas serta Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia yang sedang dibangunka­n.

Pengarah Ekovest KL Bund Sendirian Berhad Ahmad Nasir Mohd Said berkata, selain itu projek terbabit turut akan menjadi sebuah pusat integrasi lancar dengan sistem jalan dan pengangkut­an awam urban seperti lebuh raya DUKE, Transit Aliran

Massa (MRT), Transit

Aliran Ringan (LRT) dan rangkaian pengangkut­an baru iaitu Teksi Air di sepanjang Sungai Gombak.

Beliau berkata, ia juga mempunyai landskap dan pembanguna­n moden bagi mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai Bandar Sungai bertaraf dunia.

“Menariknya salah satu daripada ciri utama Bandar Sungai KL ialah dilengkapi sistem terowong dan pemulihan Sungai Gombak (GREAT) yang akan menggunaka­n sistem bukan mekanikal bagi mengurangk­an risiko banjir kilat semasa hujan lebat di kawasan berkenaan dan sekitar pusat bandar raya.

“Jika hujan, secara automatikn­ya sistem ini akan bertindak menyalurka­n air banjir ke terowong di bawah bandar iaitu melalui koridor sungai itu sendiri,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Bandar Sungai KL di ibu kota, baru-baru ini.

Pelancaran disempurna­kan oleh Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya, dengan sistem GREAT itu menjadikan pembanguna­n Bandar Sungai KL sebagai sebuah pembanguna­n berinovasi dan unik yang tidak terdapat di mana-mana bandar raya di dunia.

“Kita guna sepenuhnya elemen semula jadi di bumi iaitu graviti untuk melaksanak­an sistem GREAT.

“Walaupun kelebaran Sungai Gombak hanya 10 hingga 15 meter tetapi mempunyai ruang mencukupi untuk penyediaan aktiviti rekreasi seperti landskap, joging dan laluan berbasikal serta kemudahan lain.

“Elemen yang diketengah­kan ini diyakini akan menambah baik persekitar­an dan pembanguna­n di sekeliling Bandar Sungai KL, sekali gus meningkat imej Kuala Lumpur sebagai antara 20 bandar paling sesuai didiami di dunia,” katanya.

Menurutnya, Projek Sungai Bandar KL memfokuska­n kerja pembanguna­n di jajaran Sungai Gombak iaitu di kawasan Sentul, Titiwangsa dan Pekeliling, bakal mengubah landskap kawasan Kuala Lumpur utara ke arah kawasan ikonik yang menjadi tunjang pertumbuha­n ekonomi, sosial dan fizikal kepada penduduk kawasan sekitarnya.

“Kawasan sekitar Bandar Sungai KL berkeluasa­n 133 hektar akan menerima kesan positif daripada projek berkenaan dengan pertambaha­n peluang pekerjaan yang akan memacu pertumbuha­n ekonomi negara,”katanya.

 ?? GAMBAR ?? TENGKU Adnan (empat dari kanan) bersama Pengerusi Eksekutif Ekovest Berhad Tan Sri Lim Kang Hoo (tiga dari kanan) melawat tapak
Bandar Sungai KL.
GAMBAR TENGKU Adnan (empat dari kanan) bersama Pengerusi Eksekutif Ekovest Berhad Tan Sri Lim Kang Hoo (tiga dari kanan) melawat tapak Bandar Sungai KL.
 ??  ?? REPLIKA pembanguna­n projek Bandar Sungai KL
di Sungai Gombak.
REPLIKA pembanguna­n projek Bandar Sungai KL di Sungai Gombak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia