Harian Metro

Rompak guna penyembur lada

-

Sembur cecair pemedih mata dan larikan motosikal ketika pemiliknya sedang mengisi petrol di stesen minyak.

Itu taktik terbaru kumpulan penjenayah bersenjata­kan parang merompak mangsa yang didapati tidak bersedia ketika diserang hendap.

Terbaru, seorang lelaki cedera di lengan kiri selepas dilibas penjenayah menggunaka­n parang sebelum motosikal miliknya dilarikan di sebuah stesen minyak di Batu 3, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa, Muhammad Saifullah Abdul Aziz, 20, diserang empat lelaki yang menaiki motosikal sebaik dia selesai mengisi petrol.

Mangsa berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama rakannya dalam perjalanan dari Jalan Batu Muda menghala ke Setapak sebelum singgah ke stesen minyak berkenaan untuk mengisi petrol.

“Saya meminta rakan pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Sebaik selesai mengisi petrol, tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki menaiki motosikal menyerang saya menggunaka­n penyembur lada.

“Saya sempat mengelak menyebabka­n tiga daripada mereka turun dari kenderaan dan membelasah saya. Seorang daripada mereka turut membawa parang dan mengugut saya menyerahka­n motosikal,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia