Harian Metro

Mata duduki tangga 10 teratas

-

(Ed Sheeran) dan In The End (Linkin Park).

Menurut Ayda, kejayaan lagu terbabit adalah usaha keras semua pihak yang tidak jemu membantuny­a.

“Tanpa bantuan semua pihak saya tidak akan sampai ke tahap ini. Peminat antara pemangkin semangat saya untuk terus berkarya.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada Audi Mok dan Shazee Ishak kerana mencipta lagu yang unik dan berbeza daripada karya saya terdahulu.

“Kali ini saya tampil dengan single berentak EDM. Saya harap single ini akan terus diminati dan dimuat turun,”katanya.

Ayda berkata, lagu terbabit sebenarnya menggambar­kan perjalanan hidup dan kariernya sebagai anak seni.

“Sengaja saya memilih tema ‘semangat’ bagi lagu Mata. Saya mahukan pendengar lebih terkesan dengan liriknya, lebih-lebih lagi bagi mereka yang hilang semangat dan mahu bangkit semula mengejar kejayaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia