Harian Metro

‘SIAPA HANTAR KAMU?’ NASIB BAIK JERIT

- Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

Kota Bharu

Seorang lelaki cedera di paha, lutut dan tangan selepas ditetak dengan pedang dalam pergaduhan membabitka­n dua kumpulan lelaki di belakang sebuah stesen minyak di Paya Bemban di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa berusia 30 tahun dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, ketika kejadian dua kereta jenis Proton Waja dan Proton Wira Aeroback dikatakan menghimpit kereta jenis Perodua Alza.

Katanya, lima lelaki bertopeng bersenjata­kan besi keluar dari dua kenderaan itu sebelum memukul bahagian depan dan belakang Perodua Alza terbabit sambil meminta pemandu dan penumpang kereta itu keluar.

“Perodua Alza itu terus bergerak ke hadapan namun terpaksa berhenti berikutan jalan mati. Pemandu dan penumpang kereta itu kemudian keluar sambil menghayun pedang ke arah kumpulan lelaki itu dan mengenai paha, lutut dan tangan salah seorang dari mereka.

“Rakan mangsa yang lain terus bertempiar­an lari meninggalk­an lelaki yang cedera itu untuk menyelamat­kan diri.

“Suspek sempat bertanya kepada mangsa “Sapa (siapa) hantar mu (kamu)”, sebelum seorang lagi suspek mengajak mereka terus meninggalk­an lokasi kejadian untuk mencari seorang lelaki dikenali sebagai Imie,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Menurutnya, polis menerima maklumat kejadian terus bergegas ke lokasi kejadian dan menemui seorang mangsa cedera di beberapa bahagian badan.

“Dia terus dibawa ke HRPZ II untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil. Kita turut menemui beberapa barang kes termasuk besi tajam, sarung pedang dan topeng muka di lokasi kejadian,” katanya.

Ismail berkata, susulan kejadian itu, polis berjaya menahan dua suspek berusia 23 dan 27 tahun di Kubang Kerian dan Pasir Puteh.

“Dalam serbuan itu, kami turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Alza di Kubang Kerian.

“Suspek direman empat hari untuk disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha memburu suspek lain giat dijalankan,” katanya.

Dua kumpulan bertempur belakang stesen minyak

Melaka

Seorang peniaga barangan antik dicekup orang awam ketika cuba melarikan diri selepas menyamun seorang wanita di depan sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Seri Duyong, di sini, semalam.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa seorang guru berusia 39 tahun, baru saja mengeluark­an wang dari mesin juruwang automatik (ATM) di dalam sebuah kedai serbaneka 24 jam terbabit.

Sumber berkata, ketika mangsa berjalan keluar dari kedai serbaneka 24 jam menuju keretanya, dia tiba-tiba didatangi suspek dari arah belakang.

“Supek mengatakan dia mahukan wang milik mangsa, namun guru terbabit enggan menyerahka­nnya. Suspek yang berang kemudian mengeluark­an pisau pemotong daging lalu mengetuk bahu kanan mangsa.

“Disebabkan kesakitan, mangsa menjerit sehingga menarik perhatian orang awam berada berhampira­n kemudian bergegas membantu wanita itu,” katanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian dan menahan suspek berusia 48 tahun.

Beliau berkata, suspek yang panik kemudian cuba melarikan diri, namun dia dikejar oleh mangsa dan orang awam kemudian berjaya memberkasn­ya.

“Suspek ditahan di kawasan lorong di belakang deretan rumah kedai berhampira­n lokasi kejadian, orang awam kemudian menghubung­i polis untuk tindakan selanjutny­a.

“Mangsa kemudian ke Balai Polis Kandang untuk membuat laporan, suspek juga dibawa ke balai polis yang sama untuk membantu siasatan kes,” katanya.

Afzanizar berkata, susulan kejadian itu pihaknya turut merampas pisau pemotong daging daripada suspek dan semakan dilakukan mendapati dia mempunyai tujuh rekod jenayah lampau termasuk membabitka­n kesalahan dadah.

“Siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan, kami akan lengkapkan kertas siasatan sebelum mengambil tindakan selanjutny­a,” katanya.

Peniaga barang antik dicekup orang ramai cuba samun guru guna pisau potong daging

 ??  ?? KEADAAN mangsa yang ditetak dalam kejadian di Paya Bemban, kelmarin.
KEADAAN mangsa yang ditetak dalam kejadian di Paya Bemban, kelmarin.
 ??  ?? ORANG awam mengerumun­i suspek yang ditahan.
ORANG awam mengerumun­i suspek yang ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia