Harian Metro

RM40,000 lesap tak sampai 5 minit

-

Seorang peniaga berputih mata selepas wang tunai RM40,000 yang baru dikeluarka­n dari bank lesap dilarikan pencuri selepas keretanya dipecah masuk dalam kejadian di Bandar Baru, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, Saifuddin Mohd Husan, 53, dari Kampung Selabak, dekat sini, berkata wang tunai itu dikeluarka­n untuk diberikan kepada ahli keluarga dan sebaik mengeluark­annya dia terus ke lokasi kejadian untuk bertemu rakan.

“Saya meletak kereta di kawasan parkir berhampira­n kedai rakan, namun tidak sampai lima minit masuk ke dalam kedai rakan itu saya terdengar bunyi penggera kereta.

“Luluh hati saya apabila mendapati wang tunai berkenaan yang dibungkus dengan beg plastik dan diletakkan di bawah kerusi penumpang hadapan itu sudah lesap,” katanya.

 ??  ?? SAIFUDDIN menunjukka­n keretanya yang dipecah masuk.
SAIFUDDIN menunjukka­n keretanya yang dipecah masuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia