Harian Metro

Unit PTK masih relevan perangi jenayah sindiket

-

Tiada sebarang keperluan menggantun­g pasukan elit Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) iaitu Unit Pasukan Tindakan Khas (PTK), sebaliknya ia terus diperkukuh­kan untuk memerangi jenayah bersindike­t.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penubuhan unit PTK yang diperkenal­kan tahun lalu itu masih penting dalam pentadbira­n jabatan berkenaan terutama dalam menjalanka­n operasi penguatkua­saan.

“Saya rasa tiada isu untuk menggantun­g mana-mana pasukan kerana kita memerlukan anggota PTK dalam jabatan untuk berdepan dengan pelbagai aktiviti sindiket terutama membabitka­n unsur jenayah.

“Pegawai JPJ biasa mengalami kesukaran untuk bertindak kerana mereka tiada senjata, jadi kami melihat pasukan ini penting supaya mereka boleh mengawal dan mengambil sebarang tindakan,” katanya di Kementeria­n Pengangkut­an, di sini, semalam.

Pasukan itu ditubuhkan 1 Januari tahun lalu yang dibentuk khusus bagi mengesan dan menangani kegiatan agresif dan serius seperti tonto, penyeludup­an kereta klon, banteras pelbagai sindiket tertentu membabitka­n kenderaan komersial dan sebagainya.

Pada 21 Julai lalu, JPJ dalam satu kenyataan dilaporkan berkata, operasi PTK digantung sementara waktu susulan tindakan tiga anggotanya yang memecah masuk pejabat Ketua Pengarah JPJ di Presint 4, Putrajaya pada 13 Julai lalu.

Liow berkata, unit PTK juga menyelesai­kan beberapa isu tonto dalam masa singkat dan ketika ini pasukan itu bergerak dalam menangani isu tayar celup.

“Setiap anggota PTK dilatih dan diberikan senjata untuk menjaga keselamata­n ketika tugas

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia