Harian Metro

MP DIDAKWA

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

 Lelaki 35 tahun dituduh bunuh warga emas ketika merompak

Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam menetapkan 5 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes membabitka­n seorang anggota polis tentera (MP) yang dituduh membunuh dan mencederak­an sepasang suami isteri ketika melakukan rompakan di sebuah rumah di Sungai Udang, di sini, awal bulan ini (14 Julai lalu).

Majistret Norina Maludin, menetapkan tarikh itu sementara menunggu laporan kimia dan ketika prosiding, tiada pengakuan dirakam daripada tertuduh Darmadi Sulaiman, 35.

Namun, tertuduh memakai baju-T dan seluar pendek corak celoreng tentera dilihat mengangguk­kan kepala tanda faham selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan terhadapny­a.

Berdasarka­n pertuduhan pertama, anggota polis tentera berpangkat sarjan itu didakwa membunuh Abdul Rahman Pileh, 60, sekitar jam 7.40 hingga 8.10 malam, 14 Julai lalu di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa merompak dan sengaja mendatangk­an cedera kepada Sabturiah Lakidau, 59, pada masa, tarikh dan tempat sama.

Justeru, bagi tuduhan pertama tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyan 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan memperuntu­kkan hukuman penjara hingga 20 tahun atau denda atau dengan sebatan.

 ??  ?? DARMADI diiringi keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam.
DARMADI diiringi keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia