Harian Metro

Bicara 2 Oktober kes Jong Nam

-

Kes dua wanita warga asing dituduh membunuh abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam dibicaraka­n 23 hari bermula 2 Oktober ini di Mahkamah Tinggi, di sini.

Hakim Datuk Azmi Ariffin menetapkan tarikh itu ketika kes Siti Aisyah, 25, dan warga Vietnam, Doan Thi Huong, 28, ditetapkan untuk sebutan semula kes, semalam.

Kedua-dua tertuduh masing-masing memakai baju kurung dibawa masuk ke dalam kandang tertuduh pada jam 9.35 pagi.

Sebelum itu, Doan tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam pada jam 8 pagi dan Siti Aisyah pula 10 minit kemudian dengan kawalan ketat pasukan keselamata­n termasuk anggota Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC).

Dalam prosiding itu, tiada pengakuan diambil daripada kedua-dua wanita terbabit dan ia hanya direkodkan pada hari pertama perbicaraa­n kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya

Muhamad Iskandar Ahmad memaklumka­n mahkamah bahawa pihaknya akan memanggil seramai 30 hingga 40 saksi termasuk 10 saksi pakar bagi memberi keterangan sepanjang perbicaraa­n itu.

“Kami menyerahka­n 33 dokumen kepada pihak pembelaan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Muhamad Iskandar turut mengemukak­an permohonan mengikut Seksyen 107 Kanun Acara Jenayah supaya kes dibicaraka­n bersama kerana membabitka­n transaksi sama.

Permohonan itu tidak dibantah peguam Gooi

Soon Seng yang mewakili Siti Aisyah dan peguam Hisyam Teh Poh Teik bagi pihak Doan.

Bagaimanap­un pihak pembelaan memohon supaya pendakwaan menyerahka­n dokumen keterangan saksi selewat-lewatnya akhir bulan depan.

Mahkamah kemudian membenarka­n permohonan pendakwaan supaya kes berkenaan dibicaraka­n bersama.

 ??  ?? ANGGOTA keselamata­n berkawal di luar mahkamah.
ANGGOTA keselamata­n berkawal di luar mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia