Harian Metro

Denda RM1,500 pukul isteri, anak

-

Seorang bekas pengurus kewangan dipenjara sebulan dan didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas pertuduhan memukul anak perempuan dan isterinya hingga cedera.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhka­n hukuman itu terhadap Hainizam Abu Samah, 43, selepas tertuduh mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan kepadanya.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 25 Julai lalu.

Tertuduh berdepan hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa mencederak­an anak perempuann­ya yang berusia 20 tahun dan isterinya berusia 44 tahun di sebuah rumah di Gombak Setia, Wangsa Maju, di sini, pada jam 7.40 pagi, 25 Julai lalu.

Bagi pertuduhan mencederak­an anaknya, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia