Harian Metro

Mayat bayi dihurung semut ELAK MASALAH LEBIH MUATAN

-

“Saya terkejut sebaik melihat mayat bayi itu hinggakan dada terasa sakit. Begitu kejam manusia yang tergamak membunuh bayi lelaki yang tidak bersalah,” ujar seorang lelaki yang menemui mayat bayi lelaki di Jalan Kovil, Sentul, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Gopal, 59, mendakwa terkejut apabila menemui mayat bayi di dalam kotak berhampira­n kawasan pembuangan sampah haram.

“Saya tambah sedih apabila mayat bayi itu sudah dihurung semut,” katanya.

Gopal berkata, kotak berkenaan sudah berada di lokasi itu sejak malam kelmarin, namun tiada siapa yang menyedarin­ya selain tukang sapu wanita yang menemui mayat bayi itu semalam.

“Tukang sapu itu ternampak kotak itu sudah berada di lokasi berkenaan sejak malam semalam (kelmarin). Namun dia menyangka kotak itu hanya berisi sampah yang dibuang orang ramai.

“Namun pagi ini (semalam) wanita itu terhidu bau kurang menyenangk­an sebelum bertindak membuka kotak itu dan terkejut melihat mayat seorang bayi,” katanya.

Jemaah haji dinasihatk­an untuk menggunaka­n khidmat syarikat vendor yang dilantik Lembaga Tabung Haji (TH) untuk urusan pengeposan bagasi bagi mengelak berdepan masalah lebih muatan.

Pengurus Unit Khidmat Luar 1438 Hijrah Mohd Lotfi Kassim berkata, jemaah memang digalakkan menghantar barangan dibeli di Madinah atau Makkah lebih awal ke tanah air.

Beliau berkata, ia boleh mengelak jemaah daripada terpaksa membawa dan menjaga barangan berkenaan hingga menjejaska­n tumpuan ibadat.

Menurutnya, sebagai contoh, bagi jemaah yang sudah tiba di Madinah, mereka boleh terus mengeposka­n barangan yang dibeli di kota suci ini ke tanah air tanpa perlu membawanya ke Makkah.

“Perkhidmat­an penghantar­an

 Jemaah haji dinasihat guna khidmat syarikat vendor

yang disediakan syarikat vendor dilantik ini untuk kemudahan dan keselesaan jemaah.

“Tahun ini, TH melantik empat syarikat vendor untuk khidmat pengeposan bagasi iaitu Pos Malaysia, Nationwide, Shah Kargo Forwarding serta Koperasi TH sendiri,” katanya pada sidang media, semalam.

Beliau berkata, kadar bayaran ditetapkan ialah SR16 bagi setiap kilogram bagasi yang dikirim ke Semenanjun­g dan SR20 ke Sabah dan Sarawak tidak termasuk harga kotak berdasarka­n pilihan jemaah yang bersaiz kecil, sederhana dan besar.

Katanya, bagi pengiriman bekalan air zam zam seberat 10 liter pula, kadar dikenakan untuk pembelian dan penghantar­an ialah SR130 bagi Semenanjun­g dan SR150 bagi Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, bagi musim haji kali ini, pengurusan TH sudah menetapkan setiap jemaah hanya dihadkan pembelian satu botol air zam zam 10 liter.

Beliau berkata, berikutan pertambaha­n kuota jemaah haji bagi musim kali ini kepada 30,200 orang, pihaknya juga menjangkak­an jumlah bagasi yang dikirimkan turut meningkat.

Mohd Lotfi berkata, pada musim haji 2016, pihaknya merekodkan sebanyak 335,000 kilogram atau 335 tan metrik barangan yang dihantar jemaah ke tanah air.

Menurutnya, pada 2016 juga, lebih 20,000 botol air zam zam dibeli dan dihantar jemaah ke tanah air.

“Pada 2016, tiada had kuota pembelian dikenakan menyebabka­n terdapat jemaah yang tidak dapat membuat pembelian kerana kehabisan stok bekalan.

“Berikutan itu, tahun ini kita terpaksa mengehadka­n pembelian dengan setiap jemaah hanya boleh membeli satu botol seberat 10 liter,” katanya.

Menurutnya, selain air zam-zam, barangan lain yang banyak dikirimkan jemaah ialah tamar, kekacang serta barangan cenderamat­a lain seperti sejadah dan pakaian.

Katanya, tempoh masa penghantar­an yang ditetapkan ialah sekitar dua minggu dari tarikh penghantar­an, namun ada juga barangan yang tiba lebih awal.

 ??  ?? KAKITANGAN Pos Laju melayan jemaah yang mahu menguruska­n pengiriman mereka ke tanah air.
KAKITANGAN Pos Laju melayan jemaah yang mahu menguruska­n pengiriman mereka ke tanah air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia