Harian Metro

Brek tidak berfungsi lori terbabas

-

Masalah brek gagal berfungsi dipercayai punca kemalangan membabitka­n sebuah lori muatan batu dengan lima kereta hingga mengorbank­an seorang wanita di Jalan Changlun-Kuala Perlis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superinten­dan Wari Kiew berkata, pihaknya tidak menolak kemungkina­n itu berdasarka­n siasatan awal yang dilakukan.

Bagaimanap­un, beliau menegaskan siasatan lanjut masih dijalankan secara terperinci dan daripada pelbagai aspek.

“Siasatan awal polis setakat ini mendapati lori yang dipandu lelaki itu mengalami masalah brek tidak berfungsi sehingga dia gagal mengawal kenderaan berat itu.

“Bagaimanap­un, polis masih menyiasat secara terperinci jika terdapat masalah lain yang membawa kepada kejadian terbabit sehingga meragut nyawa seorang penjawat awam,” katanya dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, hasil siasatan juga mendapati lelaki berusia 40 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

 ??  ?? MAYAT bayi lelaki ditemui dalam kotak di Jalan Kovil, semalam.
MAYAT bayi lelaki ditemui dalam kotak di Jalan Kovil, semalam.
 ??  ?? WARI
WARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia