Harian Metro

Penjawat awam antara 6 ditahan

-

Seorang penjawat awam antara enam individu ditahan dalam Op Dadu di sebuah premis perjudian siber di Jalan Rasah, di sini, pagi, semalam.

Lelaki terbabit yang leka bermain judi siber ditahan anggota Bahagian Penguatkua­saan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan yang menjalanka­n serbuan jam 8.30 pagi.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkua­saan JHEAINS Ahmad Zaki Hamzah berkata, operasi bersepadu itu dilakukan selepas menerima aduan dan hasil risikan pihaknya.

“Ketika serbuan, dua lelaki beragama Islam disyaki bermain judi.

“Kami menahan mereka kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 79A Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2004 iaitu berjudi atau berada di premis perjudian,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengangkat mesin judi yang dirampas dalam Op Dadu, semalam.
ANGGOTA polis mengangkat mesin judi yang dirampas dalam Op Dadu, semalam.
 ??  ?? ANGGOTA tentera bersama dua motosikal yang dirampas, kelmarin.
ANGGOTA tentera bersama dua motosikal yang dirampas, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia