Harian Metro

SPRM serbu enam lokasi

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu enam lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Kuching semalam, berhubung siasatan ke atas pembelian sebuah lagi hotel di Kuching oleh FELDA Investment Corporatio­n (FIC) pada 2014.

Kertas siasatan berhubung pembelian hotel itu dibuka susulan maklumat diterima pasukan penyiasat ketika menjalanka­n siasatan terhadap pembelian hotel di London oleh FIC sebelum ini.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahka­n kertas siasatan dibuka bagi menyiasat pembelian hotel berkenaan yang disyaki dibeli pada harga yang lebih tinggi dari pasaran.

“Pasukan penyiasat menyerbu enam lokasi di Kuala Lumpur dan Kuching hari ini (semalam) bagi mengumpul maklumat berhubung pembelian hotel berkenaan.

“SPRM turut merampas dokumen berkaitan yang dipercayai mempunyai maklumat berhubung pembelian hotel itu dan akan meneliti semua dokumen bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa,” katanya, semalam.

Hasil siasatan, FIC dipercayai membeli hotel itu pada harga jauh lebih tinggi daripada harga asal hingga mengakibat­kan FIC mengalami kerugian ratusan jutaan ringgit.

Katanya, SPRM juga akan memanggil beberapa saksi penting dalam masa terdekat bagi merakam percakapan untuk mendapatka­n maklumat serta bukti kukuh sebelum tindakan lanjut diambil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia