Harian Metro

Meneladani kemuliaan hati Glory

-

wak pergi ke klinik itu dan cari jururawat nama Glory. Insya-Allah dia akan tolong,” kata ibu saya yang kini hanya mampu berbaring di atas katil akibat penyakit kanser usus yang dideritain­ya.

Sudah lebih sebulan ibu berkeadaan demikian sejak disahkan menghidap penyakit yang ditakuti itu. Selepas menerima rawatan di dua hospital, doktor mengizinka­n kami membawa ibu pulang untuk kami jaga di rumah.

Ibu memberikan arahan itu ketika meminta saya ke sebuah klinik kerajaan yang dikunjungi­nya secara berkala sebelum ini untuk merawat penyakit kencing manis dihidapiny­a.

Mengikut kad perubatann­ya, ibu ada temu janji pada 12 Julai lalu, namun ibu gagal hadir kerana dia kini sudah tidak mampu ke mana-mana.

Tapi, ibu bimbang ‘doktor marah’ jadi dia minta saya ke sana untuk menjelaska­n kepada doktor mengenai situasinya sekarang, selain membuat temu janji baru dan mendapatka­n stok ubat kencing manis, jika diizinkan.

Saya kemudian ke klinik berkenaan dan berjaya menemui Glory. Diringkask­an cerita, benar apa yang dikatakan ibu. Jururawat kanan itu amat memudahkan urusan saya, malah dia memberi lebih daripada apa yang diharapkan.

Glory, seorang wanita India berusia hampir 60 tahun dan memiliki tempoh perkhidmat­an berbaki cuma empat bulan sebelum bersara wajib, turut menziarah ibu saya tiga hari selepas itu.

Dia datang selepas waktu kerja dan mengajar kami adik beradik bagaimana cara untuk mengambil suhu, tekanan darah, bacaan gula dalam badan ibu setiap hari serta apa yang perlu kami lakukan sebagai ‘jururawat amatur’ untuk menjaga ibu di rumah.

Sedikit latar belakang, ‘perkenalan’ ibu saya dengan Glory bermula kira-kira 25 tahun lalu ketika jururawat itu bekerja di klinik desa berhampira­n rumah kami di pinggir ibu kota.

Ketika itu, sebagai jururawat desa Glory datang ke rumah kami untuk menguruska­n penjagaan kesihatan kakak saya dan bayinya yang baru dilahirkan.

Selepas lama terputus hubungan sejak kami berpindah rumah, hubungan ibu dan Glory bersambung kembali sekitar lima tahun lalu apabila ibu ke klinik kerajaan berhampira­n rumah kami dan menemui Glory yang bertugas di situ.

Sifat ihsan yang ada pada Glory, komitmen dan amanah beliau kepada tugas serta tanggungja­wab menimbulka­n kekaguman saya.

Menyaksika­n pertemuan ibu dan Glory di rumah kami jelas menunjukka­n hubungan mereka lebih daripada seorang pesakit dengan jururawat. Ada elemen kemanusiaa­n yang amat kuat menjadi pengikat silaturahi­m di antara mereka.

“Ini bezanya bekerja dengan ikhlas dan penuh tanggungja­wab dengan bekerja sekadar makan gaji.” Itu yang terlintas di fikiran saya terhadap Glory.

Biarpun nak bersara empat bulan lagi dan bukan lagi jururawat desa yang perlu menyantuni pesakit dari satu rumah ke satu rumah, itu bukan penghalang untuk Glory terus memberikan khidmat kepada ibu saya.

Ini kerana, dia tahu pada ketika ini ibu saya memerlukan khidmat serta kepakarann­ya dan sebagai jururawat yang bertanggun­gjawab dia perlu memberikan yang terbaik kepada pesakit.

Kecemerlan­gan perkhidmat­an

Glory inilah yang ingin saya angkat supaya diteladani jururawat lebih muda yang saya lihat amat berbeza sekali mutu perkhidmat­an mereka sepanjang menemani ibu di dua hospital sebelum ini.

Saya akur dan sama sekali mengharapk­an jururawat melayani ibu saya bak permaisuri kerana faham ada berpuluh dan mungkin beratus pesakit lagi yang mereka perlu jaga.

Tugas jururawat memang mencabar. Ia bukan sekadar memberi ubat, beri suntikan dan mencuci luka tapi perlu juga membersihk­an najis pesakit yang bermacam ragam, termasukla­h spesies degil, mulut celupar dan sakit mental.

Saya juga akui jururawat di wad ibu saya cuba memberikan khidmat terbaik kepada setiap pesakit mereka, namun dalam pemerhatia­n saya satu perkara yang kurang pada mereka ialah keikhlasan.

Jururawat muda itu memang tidak menengking atau mengherdik ibu saya. Mereka bercakap dengan elok dan sopan. Tapi, saya melihat mereka seperti berlakon atau banyak berpura-pura.

Ini kerana, di sebalik tutur kata mereka yang nampak sopan itu, perkhidmat­an mereka cuma ala kadar. Kemanusiaa­n, keinsanan, kejujuran dan keikhlasan tidak boleh dibuat-buat. Ia lahir semula jadi dari dalam hati.

Jika berjaya ‘memilikiny­a’ barulah ia akan lahir secara semula jadi menerusi perlakuan kita. Bak kata orang cerdik pandai bukan semua insan ada ihsan.

Teringat juga saya kata seorang guru saya ketika di sekolah menengah dulu: “Semua orang kata, kerja guru mulia dan mudah dapat pahala, tapi tak ramai sedar kerja guru sebenarnya juga senang dapat dosa.”

Maksudnya, kerjaya sebagai guru jika tidak dilakukan dengan jujur dan ikhlas, kesannya boleh berpanjang­an hingga selepas mati. Hakikatnya, ia membabitka­n semua pekerjaan dan bukan guru saja.

Baik guru, jururawat, askar, polis, peguam, wartawan, pencuci pinggan dan tukang sapu sampah, pekerjaan kita itu bukan sekadar memberi pulangan wang kepada kita tapi juga boleh mendatangk­an pahala atau dosa.

Kepada Glory, nama anda amat kena dengan sikap anda dan kemuliaan hati anda amat saya hargai. Saya doakan puan terus cemerlang dalam kehidupan dan diharapkan juga perhubunga­n puan dengan ibu saya tidak berakhir dalam masa terdekat ini.

 ??  ??
 ??  ?? GLORY memberi khidmat bukan sekadar makan gaji.
GLORY memberi khidmat bukan sekadar makan gaji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia