Harian Metro

Model hutan komuniti terulung

-

Kota Damansara: Hutan Simpan Kota Damansara (HSKD) diwartakan pada 18 Februari 2010 dengan keluasan 321.75 hektar.

Ia model hutan komuniti yang pertama dan terulung bukan saja di Selangor, tetapi juga Semenanjun­g.

Apa yang uniknya mengenai hutan ini penubuhan dan pengurusan­nya membabitka­n komuniti tempatan yang tinggal berhampira­n dengan Hutan Simpanan Kekal (HSK) itu.

Penolong Pegawai (Ekopelanco­ngan) Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) Gerald Trabucon berkata, ia unik kerana hutan sekunder itu dikeliling­i kawasan perumahan dan pembanguna­n bandar elit serta bersempada­n dengan Lebuhraya (NKVE).

Kata Gerald, kawasan itu kaya dengan spesies tumbuhan hutan daripada keluarga Euphorbiac­eae, Burseracea­e, Lauraceae,

Myristicac­eae dan Diterocarp­aceae.

Selain itu katanya, terdapat juga spesies tumbuhan seperti Begonia aequilater­alis dan Hopea pierrei (Merawan palong) yang jarang ditemui dan terancam.

“Hutan ini berperanan penting sebagai kawasan yang bukan saja dapat menyumbang­kan kepada keseimbang­an ekosistem alam sekitar

Baru

Lembah

Klang malah menjadi kawasan perlindung­an kepelbagai­an biologi.

“Selain itu, HSKD juga berperanan penting sebagai kawasan rekreasi, pendidikan serta penyelidik­an kepada penduduk tempatan dan pengunjung luar.

“Seiring dengan pertambaha­n penduduk serta pembanguna­n perbandara­n yang pesat, permintaan terhadap kawasan rekreasi di kawasan HSKD dijangka turut meningkat,” katanya kepada Harian Metro.

Gerald berkata, JPNS menyediaka­n Rancangan Pengurusan Hutan Simpan Kota Damansara sebagai satu inisiatif daripada kerajaan negeri melalui JPNS untuk menguruska­n kawasan berkenaan.

Katanya, sebanyak tujuh projek pembanguna­n fizikal merangkumi lima fasa pembanguna­n (20132022) turut dicadangka­n dalam Rancangan Pengurusan HSKD dengan membabitka­n sejumlah peruntukan yang dibiayai kerajaan negeri.

“Rancangan Pengurusan HSKD itu disediakan bagi mencapai matlamat pengurusan jangka panjang dan pendek ke arah membangunk­an sebuah model Hutan Komuniti.

“Kewujudan hutan seperti ini memberi manfaat besar kepada komuniti setempat,” katanya.

 ??  ?? GERALD menunjukka­n lumut yang dipanggil ekor kucing yang membantu menjernihk­an air di tasik.
GERALD menunjukka­n lumut yang dipanggil ekor kucing yang membantu menjernihk­an air di tasik.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia