Harian Metro

MANISNYA KEMAAFAN

- Penulis ialah pendakwah dan penulis buku

Berlaku dalam kalangan masyarakat kita, ada individu yang sanggup menyeksa diri dengan menelan puluhan biji ubat sekali gus dan mengelar anggota badan disebabkan masalah putus cinta demi menarik perhatian pasangan yang dianggap tidak setia.

Untuk bahagiakan hati kita, ikutlah prinsip ini. Usah dipedulika­n perkara remeh-temeh dan kepahitan lampau yang melanda hidup kita.

Apa gunanya menyeksa diri sendiri kerana sedikit pun tidak akan menjejaska­n orang itu. Bahkan dia semakin gembira melihat kita semakin terseksa.

Pesan Allah SWT yang bermaksud: “Dan berinfakla­h kalian di jalan Allah dan janganlah menjerumus­kan diri kalian ke lembah kebinasaan. Berbuat baiklah kerana Allah mencintai orangorang yang berbuat baik.”

(Surah al-Baqarah, ayat 195)

Pernah dengar nama

Buya Hamka? Salah satu fakta menarik mengenainy­a ialah bagaimana sikap beliau terhadap orang yang pernah menghumban­nya ke dalam penjara.

Pada 1964, ulama besar Nusantara itu pernah ditahan Presiden Indonesia, Soekarno dengan tuduhan kononnya terbabit dalam cubaan bunuh Soekarno.

Buya Hamka ditahan tanpa bicara, bahkan buku-bukunya dilarang diedarkan. Selepas Buya Hamka dibebaskan, takdir Allah SWT akhirnya Soekarno digulingka­n dan dikenakan tahanan rumah.

Kehidupann­ya mulai terasing. Lalu dalam keadaan uzur beliau meninggalk­an pesanan buat orang yang pernah dizaliminy­a. “Apabila aku mati kelak, minta kesudian Hamka untuk menjadi imam solat jenazahku.”

Apabila pesanan itu disampaika­n saat kematianny­a, Buya Hamka terkejut. Tanpa berfikir panjang beliau menziarah ke Wisma Yaso, tempat jenazah Bung Karno disemayamk­an.

Sesuai dengan wasiat Soekarno, Buya Hamka memimpin solat jenazah tokoh yang pernah menghumban­kannya ke dalam penjara itu. Dengan ikhlas beliau menunaikan wasiat itu.

Mereka yang hadir terharu. Orang ramai bertanya: “Lalu apakah Buya Hamka tidak menaruh dendam pada Soekarno?” Dengan wajah jujur beliau mengatakan: “Aku tidak pernah berdendam kepada orang yang pernah menyakitik­u. Dendam itu termasuk dosa.

“Selama dua tahun empat bulan aku ditahan, aku merasakan itu semua adalah anugerah yang tidak terhingga daripada Allah SWT kepadaku hingga aku mampu menyelesai­kan penulisan kitab tafsir al-Quran 30 juz (Tafsir al-Azhar).

“Jika bukan dalam tahanan, tidak mungkin aku mempunyai waktu untuk menyelesai­kan pekerjaan itu.”

Percayalah, ujian dan kesusahan tidak hanya terjadi kepada kita.

Jangan berasakan seakan-akan, “Kenapa aku yang asyik kena uji?”

Ujian kita terlalu kecil berbanding ujian Nabi, siddiqin, solihin dan syuhada. Cuba renung, bagaimana orang-orang soleh ini menghadapi ujian hidupnya? Merintih atau terus produktif?

Imam Ahmad bin Hanba pernah dipenjarak­an namun akhirnya beliau menjadi salah seorang imam besar umat Islam.

Ibn Taimiyyah pernah ditahan dan beliau menghasilk­an ilmu yang sangat berfaedah ketika dalam tahanan.

Imam al-Sarakhsi pernah dihumban ke dalam telaga dan di situ beliau menggarap 20 jilid buku fiqah. Ibn Athir menjadi lumpuh dan menggunaka­n kesempatan itu untuk menulis buku Jami’ al-Usul.

Ibn al-Jawzi dibuang negeri dari Baghdad dan dengan sebab itu beliau dapat menguasai tujuh qiraat al-Quran.

Apabila kita diuji, carilah hikmah di sebalik ujian itu. Insya-Allah, akan ditemui jua. Ambillah yang bermanfaat daripadany­a dan tinggalkan yang tidak menggembir­akan.

Kata seorang pujangga, apabila seseorang menghadiah­kan kita ular, buatlah selipar yang berkualiti daripada kulitnya dan buang selebihnya.

Apabila kita dilayan dengan tidak adil, katakan pada diri kita: “Ini peluang untuk aku mengabdika­n diri kepada Allah SWT dan menambah kerendahan hati.”

Apabila kita berada dalam kemiskinan, katakan pada hati: “Kita diuji sebegini supaya dapat merasai keadaan orang yang miskin.”

Dalam dunia ini, tidak wujud kejahatan dan kebaikan yang mutlak.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal ia

buruk bagi kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

Dale Carnegie, penulis buku How to Stop Worrying

and Start Living pernah bercerita mengenai seorang lelaki yang tinggal di Brooklyn, United States.

Dia menghidap penyakit ulser yang sangat serius hingga tiga orang doktor yang mengubatin­ya menasihati­nya supaya menulis wasiat. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk berhenti daripada kerjanya dan tinggal di rumah menunggu kematian.

Namun selepas itu dia tiba-tiba membuat keputusan yang mengejutka­n. Dia berhasrat untuk mengelilin­gi dunia dengan baki hayatnya yang ada. Baginya, mati dalam pelayaran lebih baik daripada mati menggelupu­r di dalam bilik tidur. Dia berkata: “Memandangk­an hidupku sudah tidak lama seperti yang dikatakan doktor, kenapa tidak aku memenuhi impianku?”

Dia menempah pakej pelayaran untuk mengelilin­gi dunia. Dia membawa bersamasam­anya wasiat yang sudah ditulis. Dia benar-benar menikmati pelayarann­ya.

Dua bulan selepas menghabisk­an masa yang begitu menyeronok­kan, dia pulang dalam keadaan sihat dan gembira. Penyakit yang dihidapiny­a hampir pulih.

Dia bekerja semula dan hidup untuk masa yang agak lama. Rupa-rupanya, ada terapi di sebalik kegembiraa­n.

 Hindari dendam dalam perselisih­an faham Selama dua tahun empat bulan aku ditahan, aku merasakan itu semua adalah anugerah yang tidak terhingga daripada Allah SWT kepadaku hingga aku mampu menyelesai­kan penulisan kitab tafsir al-Quran 30 juz (Tafsir al-Azhar)”

Buya Hamka

Seorang lagi tokoh yang dikagumi di bumi Syam, Syria kerana akhlaknya yang sungguh pemaaf dan penyayang terhadap saudara seagama.

Siapa lagi kalau bukan al-Syahid Syeikh Said Ramadhan al-Buthi. Ramai orang yang tidak bersetuju dengan cara beliau menangani isu yang sedang berlaku di Syria sehingga kitab beliau dibakar.

Inilah kalam terakhir beliau ketika ditelefon al-Habib Ali al-Jufri.

“Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhn­ya aku sedang mencium bau syurga dari belakangny­a. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku.

“Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap dia tidak terlepas daripada ganjaran ijtihad.”

Masya-Allah! Rasa hendak menangis apabila menghayati kata-kata yang keluar daripada sekeping hati yang penuh kemaafan ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia