Harian Metro

Elak minuman manis kekal kuat

-

Usianya sudah mencecah lebih 80 tahun namun jika dilihat daripada segi luaran, kudratnya masih kuat selain perwatakan­nya ceria seperti usia awal 50-an.

Rahsia Husin Ayak, 83, berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan, tidak minum minuman manis sejak zaman muda untuk mengekalka­n ketahanan badan.

Husin yang berseorang­an berangkat ke tanah suci berkata, ketahanan fizikal dan mental penting ketika melaksanak­an ibadah haji tanpa ditemani ahli keluarga lain.

Menurutnya, dia juga kerap berpuasa sejak enam bulan lalu sebagai latihan ketahanan selain memastikan badan kekal aktif untuk melakukan ibadah haji.

“Antara sebab saya tidak minum minuman manis adalah supaya sentiasa kekal kuat dan tegap jika melakukan ibadah haji pada usia melebihi separuh abad.

“Minum manis terlalu kerap boleh merosakkan badan, malah akan mengundang pelbagai penyakit kronik lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia