Harian Metro

Lunas hutang sebelum ke Tanah Suci

-

Persiapan menunaikan ibadah haji bukan hanya merangkumi mental dan fizikal namun ahli keluarga terutama anak yang ditinggalk­an perlu dilengkapk­an segala keperluan supaya tidak merasai kesusahan sepanjang ketiadaan ibu bapa mereka.

Bagi jemaah haji,

Zulkifli Yusof, 57, antara perkara lain yang perlu dititikber­atkan sebelum berangkat ke Tanah Suci adalah menyelesai­kan segala hutang supaya anak yang ditinggalk­an tidak menanggung­nya jika berlaku perkara tidak diingini selain boleh memberikan tumpuan kepada ibadah haji.

Zulkifli berkata, dia bertungkus-lumus menyelesai­kan segala hutang sejak 10 tahun lalu iaitu membabitka­n rumah dan kereta dengan keseluruha­n berjumlah lebih RM200,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia