Harian Metro

BIH YU EWA

-

uk berzikir, ia miliki iat semula jadi

negeri ini malah di seluruh negara termasuk Sarawak,” katanya kepada H arian Metro ketika ditemui di bengkelnya di sini.

Menurutnya, dia menjalanka­n perusahaan itu sejak dua tahun lalu dengan mengambil alih perniagaan dijalankan bapanya, Zakari Muda, 64, lebih 20 tahun lalu.

“Selalunya pelanggan menempah 10 hingga 30 utas tasbih seorang untuk dijual di negeri masing-masing. Selain menggunaka­n koleksi kayu sendiri, ramai juga pelanggan khususnya yang menempah dengan banyak menyediaka­n kayu mengikut kehendak mereka dan saya hanya mengambil upah menyiapkan­nya saja.

“Pelanggan terbabit kemudian menjualnya kepada orang ramai dengan harga RM100 hingga RM350 seutas bergantung kepada jenis kayu.

“Tasbih yang disediakan itu mahal berbanding kebiasaan tasbih yang dijual di pasaran kerana ia bukan dibuat menggunaka­n kayu biasa tetapi kayu yang memang mempunyai nilai dan berkhasiat mengikut amalan perubatan tradisiona­l,” katanya.

Menurut Tarmizi, memandangk­an dia hanya menjalanka­n kegiatan itu berseorang­an, dia tidak mampu mengambil tempahan melebihi 30 utas sebulan kerana bimbang tidak dapat disiapkan dalam jangka waktu ditetapkan.

“Jika ikutkan tempahan memang banyak tetapi ada yang terpaksa ditolak kerana bimbang tidak dapat menyiapkan­nya pada waktu yang ditetapkan.

“Saya bukan saja mengambil tempahan membuat tasbih tetapi butang baju Melayu dan tongkat juga mendapat sambutan mengalakka­n,” katanya. Menurutnya, memandangk­an perusahaan pembuatan berasaskan kayu itu mendapat sambutan menggalakk­an,

dia bercadang menaik taraf perusahaan itu dengan mendapatka­n bantuan mesin memotong kayu daripada agensi kerajaan yang menyediaka­n bantuan sedemikian.

“Saya menyambung perusahaan itu daripada ayah justeru, semua peralatan yang digunakan agak ketinggala­n zaman dan ada sebahagian­nya sudah bermasalah.

“Kerana itu saya perlukan bantuan daripada pelbagai pihak untuk memajukan perusahaan ini mengikut peredaran zaman supaya tasbih dan barangan berasaskan kayu yang dihasilkan lebih berkualiti dan menepati cita rasa pelangan,” katanya.

Sementara itu, Zakari berkata, dia berasa bertuah kerana

seorang daripada anaknya meminati dan memgambil alih perusahaan itu sekali gus menyambung tradisi pembuatan tasbih dan peralatan berasaskan kayu itu.

“Jika diikutkan saya masih berupaya dan mampu menghasilk­an tasbih dan pelbagai peralatan berasaskan kayu, namun saya sangaja membuka ruang kepada anak supaya dia meneruskan tradisi membuat tasbih menggunaka­n kayu.

“Saya yakin, sudah tidak ramai penduduk yang meneruskan tradisi membuat tasbih kayu terutama membabitka­n golongan muda justeru, menjadi tanggungja­wab saya untuk memastikan tradisi itu dikekalkan supaya ia terus hidup sepanjang zaman,” katanya.

 ?? Mohd Tarmizi ?? Tasbih kayu ini diperbuat daripada pelbagai kayu dengan khasiat semula jadi yang digunakan secara tradisiona­l termasuk kayu kemuning emas, teras gemunggal dan damar minyak”
Mohd Tarmizi Tasbih kayu ini diperbuat daripada pelbagai kayu dengan khasiat semula jadi yang digunakan secara tradisiona­l termasuk kayu kemuning emas, teras gemunggal dan damar minyak”
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? perlukan sepenuhnya­berikutan atan menggunaka­n caratradis­onal.
perlukan sepenuhnya­berikutan atan menggunaka­n caratradis­onal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia