Harian Metro

BAYAR DU LU SEBELU M PINJAM

- NurulHiday ah Bahaudin nurul.hidayah@hm etro.com .m y

Ibarat malang berganda apabila 35 individu yang berdepan masalah kesempitan wang sebaliknya menjadi mangsa ‘kelentong’ sindiket licik yang menyamar sebagai syarikat peminjam wang.

Mangsa yang disyaratka­n membayar wang yuran pemprosesa­n pinjaman terlebih dahulu hanya menyedari ditipu apabila suspek menghilang­kan diri selepas itu.

Kegiatan sindiket itu bagaimanap­un terbongkar selepas sepasukan anggota daripada Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur dan Bahagian JSJK Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju membuat serbuan di sebuah kondominiu­m di Bukit Jalil, di sini, Selasa lalu.

Dalam serbuan jam 1.15 pagi itu, lima individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20-an ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kegiatan berkenaan, selain merampas wang tunai berjumlah RM7,655, telefon bimbit, kad ATM, buku catatan pinjaman dan sebuah kereta MercedesBe­nz.

Ketua JSJK Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Luthfi Abdullah berkata, sindiket itu dipercayai aktif menjalanka­n kegiatan berkenaan sejak awal tahun lalu.

“Modus operandi sindiket ini adalah mengiklank­an perkhidmat­an mereka di laman sosial Facebook sebelum mangsa diminta menghubung­i suspek melalui nombor telefon diberikan pada iklan berkenaan.

“Mangsa kemudian diarah membayar wang sebanyak 10 peratus daripada jumlah pinjaman dipohon kononnya untuk menguruska­n pinjaman itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, semalam. Mohd Luthfi berkata, suspek mengarahka­n mangsa memasukkan wang ke dalam satu akaun bank dan memaklumka­n wang pinjaman akan diserahkan kepada mereka dalam tempoh tiga hari.

“Bagaimanap­un, selepas tempoh berkenaan mangsa tidak mendapat wang pinjaman dijanjikan. Kebanyakan mangsa hanya menyedari mereka ditipu selepas usaha menghubung­i semula suspek gagal.

“Semua suspek yang juga warga tempatan itu direman selama empat hari un-

 35 individu kerugian ditipu sindiket menyamar sebagai syarikat peminjam wang

tuk disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya yang masih memburu beberapa individu terbabit dengan sindiket terbabit.

Beliau menasihatk­an orang ramai supaya berwaspada dengan sindiket penipuan yang menggunaka­n taktik menawarkan pinjaman wang secara mudah iaitu melalui risalah dan iklan ditampal di tempat awam, surat khabar, khidmat pesanan ringkas (SMS) serta laman sosial.

“Sekiranya mahu membuat pinjaman wang, orang ramai dinasihatk­an untuk membuat semakan terhadap syarikat yang menawarkan perkhidmat­an pinjaman dengan merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan penipuan pinjaman tidak wujud diminta tampil membuat laporan di balai polis berhampira­n untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? M OHD L uthfi (tengah) mengadakan sidang media mengenai kejayaan polis menumpaska­n sindiket dipercayai menjalanka­n kegiatan penipuan pinjaman wang.
M OHD L uthfi (tengah) mengadakan sidang media mengenai kejayaan polis menumpaska­n sindiket dipercayai menjalanka­n kegiatan penipuan pinjaman wang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia