Harian Metro

Dua pela ja r ma ut motosika l bertembung

-

Dua pelajar maut selepas motosikal yang ditunggang bertembung dalam kejadian di Jalan Batu Kurau-Anak Kurau, Kampung Jabi, berhampira­n Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Perak, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.20 malam itu, mangsa Abd Rasyid Rosidi, 16, dari Kampung Alma, Bukit Mertajam Pulau Pinang dan Mohd Saharudin Sahrol Azman, 14, dari Kampung Bendang Nering, Batu Kurau, di sini, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, termasuk di kepala.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, kemalangan membabitka­n dua motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang kedua-dua mangsa yang juga pelajar itu.

“Siasatan awal mendapati Abd Rasyid menunggang dari arah Anak Kurau menuju arah Batu Kurau manakala

Mohd Saharudin pula dari arah bertentang­an.

“Kemalangan berlaku apabila kedua-dua motosikal itu bertembung dalam kejadian.

“Akibat pertembung­an itu, kedua-dua penunggang cedera parah di beberapa bahagian badan dan maut di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia