Harian Metro

HUKUMAN BUAHKAN HASIL

-

Pengarah Penjara Pra Bebas Dusun Datuk Murad, Penolong Komisioner Penjara (PKP) Zamzuri Ghani berkata, pelbagai inovasi agro diterapkan pihaknya dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan.

“Latihan banduan prabebas atau juga dipanggil Banduan Kemahiran Luar Penjara (BLKP) jalani di sini dapat membantu dan menambah minat mereka dalam bidang pertanian.

“Kepelbagai­an inovasi agro diterapkan menjadikan mereka lebih yakin meneruskan kehidupan selepas dibebaskan, malah kemahiran dimiliki boleh diguna bagi menambah pendapatan keluarga,” katanya.

Zamzuri berkata, hasil pertanian diusahakan dibekalkan ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Pusat Koreksiona­l Jasin dan Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor.

Dia berkata, program dilaksanak­an memberikan kesan positif dengan ramai banduan dilatih menerusi projek itu kini menjadi pengusaha ladang sayur-sayuran atau ternakan berjaya.

“Tak kurang ada dalam kalangan mereka sekarang bergelar ahli perniagaan.

“Buat masa ini, kami mengusahak­an 1,000 pokok pisang dengan kerjasama Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) selain penternaka­n ikan keli yang menghasilk­an satu tan ikan mentah seminggu.

“Dianggarka­n, setiap tahun hasil jualan produk agrotani kami mencecah RM80,000, sekali gus membuktika­n banduan ini boleh berjaya jika diberi tunjuk ajar dan dorongan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga mempunyai program dalam menghasilk­an produk hiliran seperti makanan ikan keli daripada sayur-sayuran dan benih ikan itu sendiri.

 ??  ?? KOPERAL Penjara Muhammad Rafaie Abdullah (kanan) mengawasi banduan di tempat penternaka­n ayam di Penjara Dusun Datuk Murad.
KOPERAL Penjara Muhammad Rafaie Abdullah (kanan) mengawasi banduan di tempat penternaka­n ayam di Penjara Dusun Datuk Murad.
 ??  ?? KOLAM pembiakan ikan keli.
KOLAM pembiakan ikan keli.
 ??  ?? BURUNG unta turut diternak.
BURUNG unta turut diternak.
 ??  ?? PROJ EK t an aman cendawan yang diu s ahakan .
PROJ EK t an aman cendawan yang diu s ahakan .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia