Harian Metro

‘DIKEPUNG’ TEBUAN

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

 Kontraktor terperangk­ap pada ketinggian 33 meter selepas dikeliling­i serangga berbisa

Azab ‘dikepung’ puluhan tebuan di menara pencawang telekomuni­kasi sebelum diselamatk­an anggota bomba.

Itu nasib menimpa seorang kontraktor yang dilantik syarikat komunikasi untuk melakukan kerja pemeriksaa­n di menara pencawang telekomuni­kasi di Kampung Pagar Sasak, Kuala Lipis, di sini, selepas terperangk­ap selama sejam di atas menara komunikasi pada ketinggian 33 meter, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang, mangsa, Mohd Aliff Haiqal Normandi, 23, dikatakan memanjat menara komunikasi itu untuk melakukan kerja pemeriksaa­n dan tidak menyedari sarang tebuan yang berada di atas menara itu.

Bagaimanap­un, apabila mangsa cuba turun, dia dikeliling­i kumpulan tebuan berkenaan dan menyebabka­nnya tidak dapat bergerak turun dari menara itu.

Menyedari keadaan mangsa yang terperangk­ap pada ketinggian 33 meter, rakan mangsa segera menghubung­i pihak bomba untuk menyelamat­kan lelaki itu sebelum bomba tiba di lokasi kejadian jam 3.06 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis Haslizan Ramli berkata, pihaknya mengambil masa 40 minit untuk membersihk­an sarang tebuan berkenaan sebelum mangsa dibawa turun dengan selamat.

“Pihak kami menggunaka­n baju khas dan peralatan khusus ketika melakukan operasi. Sebarang kesilapan boleh menyebabka­n anggota kami dan mangsa disengat puluhan tebuan yang berada di kawasan sarang itu,” katanya. Beliau berkata, sarang tebuan itu dapat dibersih dan dimusnahka­n sepenuhnya sebelum mangsa dibawa turun.

Bagaimanap­un, katanya, ketika operasi pembersiha­n dilakukan, rakan mangsa Nazirul Asyraf Junazri, 22, disengat tebuan namun tidak mengalami kecederaan serius.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia