Harian Metro

Suspek samun kereta diburu

-

Dua suspek dipercayai ahli sindiket samun kereta menjadi buruan polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul bagi membantu beberapa kes samun sebelum ini.

Mereka dikenali sebagai D Prakash, 31, dan Yus Efendy Yusop, 33, tinggal di kawasan Kuala

Selangor serta Batu Caves disyaki turut terbabit dalam kejadian samun kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sentul, Sentul, 8 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pihaknya menahan lapan individu berhubung kes berkenaan, bulan lalu.

“Dalam kejadian 8 Jun lalu, seorang lelaki meletakkan kenderaan pacuan empat roda model Nissan X-Trail berdekatan sebuah gereja di Jalan Sentul sebelum disamun tiga lelaki bersenjata­kan parang dan membawa lari kenderaan itu.

“Dalam kenderaan itu terdapat komputer riba, peralatan memancing serta dompet mangsa. Jumlah kerugian dianggarka­n RM144,800.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dua lelaki ini diminta tampil ke IPD Sentul di talian 03-40482222 atau boleh menghubung­i pegawai penyiasat Sarjan Mazlan Lolator di talian 018-2731851,” katanya.

 ??  ?? SAWIT yang diletakkan dalam kereta oleh suspek dirampas.
SAWIT yang diletakkan dalam kereta oleh suspek dirampas.
 ??  ?? YUS Efendy
YUS Efendy
 ??  ?? PRAKASH
PRAKASH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia