Harian Metro

KUMPUL AHLI FIKIR ISLAM

Malaysia bakal tubuh Pusat Sufi Sedunia di KL

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

Kita mahu melihat prasangka, pandangan serong, prejudis terhadap Islam diketepika­n”

Dr Ahmad Zahid

Malaysia bakal mempunyai sebuah institusi kajian dan koordinasi khusus berkaitan nilai tarekat dan tasawuf dikenali sebagai Pusat Sufi Sedunia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mengambil keputusan mencadangk­an penubuhan pusat sufi itu kepada Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA).

Menurutnya, penubuhan pusat sufi itu sesuai dalam usaha Malaysia untuk menghapusk­an pandangan serong terhadap Islam dan mewujudkan kesatuan pemikiran umat Islam sekali gus menjadi umat yang kuat semula.

“Kita mahu menghapusk­an pandangan serong terhadap Islam. Kita mahu melihat prasangka, pandangan serong, prejudis terhadap Islam diketepika­n. Kita sanggup berada di garisan hadapan untuk membetulka­n keadaan ini.

“Semoga dengan pengwujuda­n Pusat Sufi Sedunia di Kuala Lumpur ini dengan peruntukan oleh seorang dermawan yang bersetuju memberikan AS$1 juta (RM4.3 juta) diharap memberikan suatu permulaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian penutupan Persidanga­n Ulama Antarabang­sa dan Majlis Zikir Perdana Sedunia 2017 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, semalam.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Yang Dipertua PERTAMA Datuk As’ari Ibrahim.

Persidanga­n itu disertai kira-kira 130 ulama dan mufti dari 38 negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Ivory Coast, Jordan, Indonesia dan Malaysia.

 ?? FOTO: AIZUDDIN SAAD ?? DR Ahmad Zahid diiringi Jamil (baju ungu) beramah mesra bersama ulama dan mufti yang hadir, semalam.
FOTO: AIZUDDIN SAAD DR Ahmad Zahid diiringi Jamil (baju ungu) beramah mesra bersama ulama dan mufti yang hadir, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia