Harian Metro

Inisiatif terbaru bela veteran ATM

-

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumka­n beberapa inisiatif penambahba­ikan bagi memperkuku­h usaha membela nasib dan memelihara kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta keluarga mereka pada Perhimpuna­n Veteran ATM dan Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan 2017, Isnin ini.

Perhimpuna­n yang bakal dirasmikan Najib itu dijangka dihadiri lebih 15,000 veteran ATM dari seluruh negara ini dijadualka­n berlangsun­g di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabang­sa Mines (MIECC), Seri Kembangan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein berkata, inisiatif yang bakal diumumkan perdana menteri adalah inisiatif terbaru, selain daripada penambahba­ikan inisiatif sedia ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia