Harian Metro

Pindaan APAD 2010 tingkat kualiti Uber, Grab

-

Pindaan Akta Pengangkut­an Awam Darat 2010 (APAD) yang diluluskan oleh Parlimen kelmarin bakal menyaksika­n kualiti perkhidmat­an teksi dan e-hailing seperti Uber dan Grabcar di seluruh negara ditingkatk­an dan bakal melalui transforma­si, kata Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD).

Dalam satu kenyataan semalam, SPAD berkata pindaan itu akan memastikan pengendali dan pemandu perkhidmat­an tersebut mengguna pakai standard keselamata­n dan perkhidmat­an tertinggi termasuk pemeriksaa­n latar belakang mandatori.

“Suruhanjay­a berkuasa memperkena­lkan dan menguatkua­sakan peraturan seperti mewajibkan pengendali perkhidmat­an e-hailing menyerahka­n maklumat berkaitan perjalanan dan kenderaan yang digunakan kepada SPAD bagi perancanga­n pengangkut­an awam darat,” katanya.

Menurut SPAD, selain memastikan tambang e-hailing ditentukan kuasa pasaran, pindaan itu juga mampu meningkatk­an pendapatan pemandu melalui penggunaan harga tambang dinamik apabila menggunaka­n aplikasi e-hailing atau kadar tambang teksi bermeter semasa mengambil penumpang di bahu jalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia