Harian Metro

SUMBANG NASI BERLAUK

- Nur Izzati Izzah Nadzi am@hmetro.com.my

Sebanyak 60 bungkus nasi berlauk serta air disediakan untuk golongan asnaf serta individu yang memerlukan sebagai hidangan tengah hari sebelum mereka menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Ar Rahimiah, di sini, semalam.

Menu percuma itu disediakan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Klang hasil sumbangan orang ramai.

Presidenny­a, Hushim Salleh berkata, ini kali pertama pihaknya menganjurk­an program itu selepas menerima sumbangan daripada orang ramai.

“Alhamdulil­lah, selepas menerima sumbangan daripada mereka yang prihatin kita dapat menyumbang­kan makanan ini kepada asnaf dan fakir miskin yang datang ke masjid hari ini (semalam).

“Buat

permulaan,

kita menyediaka­n 60 bungkus makanan dan minuman dan Insya-Allah program ini akan diadakan berterusan pada Jumaat setiap minggu,” katanya.

Beliau berkata, program itu turut mendapat perhatian

PERKIM agih 60 bungkus makanan tengah

hari kepada golongan asnaf

dan kerjasama daripada Ahli Lembaga Tadbir masjid dan mereka akan bekerjasam­a dalam mengedarka­n nasi serta air kepada orang ramai mulai bulan depan.

“Kami bercadang membuat program seperti ini dengan skala yang besar dengan kerjasama pihak masjid agar lebih banyak bantuan dapat disalurkan untuk golongan seperti ini,” katanya sambil menyatakan bantuan itu tidak mengira bangsa dan agama.

 ??  ?? AHLI PERKIM bersama sumbangan untuk diserahkan kepada asnaf di Masjid Jamek Ar Rahimiah.
AHLI PERKIM bersama sumbangan untuk diserahkan kepada asnaf di Masjid Jamek Ar Rahimiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia