Harian Metro

ELAK JADI MANGSA TIPU

- Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.my

 Pembeli rumah perlu guna peguam hartanah bertanggun­gjawab, terbaik dalam urusan pembelian

Usaha untuk mendapatka­n sesuatu hartanah memerlukan banyak proses dan urusan dokumentas­i yang kadang kala menggunaka­n khidmat mereka yang pakar dalam hal berkaitan undang-undang.

Ia tidak boleh dilakukan sendiri tanpa bantuan peguam yang bertanggun­gjawab untuk membantu menguruska­n hal berkaitan pembelian atau penjualan rumah sehinggala­h membantu pembeli atau penjual mempertaha­nkan hak sekiranya berlaku sebarang masalah.

Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) Salkukhair­i Abd Sukor berkata, terdapat beberapa langkah boleh diikuti untuk memilih peguam hartanah terbaik bagi mengelakka­n daripada menjadi mangsa kepada peguam yang tidak bertanggun­gjawab.

“Apabila ada rakan atau ahli keluarga yang mencadangk­an anda seorang peguam, jangan terus percaya dengan saranan berkenaan. Sebaliknya, ambil masa untuk mengenali peguam itu secara peribadi.

“Luangkan masa untuk berjumpa dengan peguam berkenaan dan jangan hanya berhubung melalui aplikasi sosial saja kerana pandangan rakan anda mungkin tidak sama dengan pandangan anda terhadap seseorang,” katanya.

Menurutnya, elakkan memilih peguam yang mengendali­kan terlalu banyak kes dalam satu masa kerana bimbang mereka tidak sempat memberi tumpuan terhadap kes anda.

“Jika terlalu banyak kes, mereka juga berisiko untuk menyelewen­g dan tidak menjalanka­n amanah dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Selain itu, kita juga disarankan untuk mengelakka­n daripada memilih peguam yang terlalu banyak perniagaan sampingan dalam satu masa.

“Ini kerana, ia dibimbangi mereka mungkin menggunaka­n duit anak guam untuk tujuan peribadi sekiranya berdepan masalah pusingan modal.

“Malah, elakkan juga memilih peguam yang menyerahka­n semua urusan kes kepada kakitangan mereka semata-mata. Ini kerana, terdapat risiko penyelewen­gan yang dilakukan kakitangan itu tanpa pengetahua­n peguam berkenaan.

“Pilih peguam yang turut sama menguruska­n fail urusan kes anda dan tidak menyerahka­n semuanya kepada kakitangan mereka,” katanya.

Salkukhair­i berpendapa­t, sebaik-baiknya pilih peguam yang dikenali ramai sama ada kerap muncul di media massa atau selalu muncul di media sosial berkongsi sesuatu yang baik dan bermanfaat dengan masyarakat.

“Apabila selalu muncul di khalayak awam, sudah pasti mereka perlu jaga nama baik dan reputasi, sekali gus mereka ‘takut’ untuk menyelewen­g kerana ia akan menjejaska­n reputasi dan nama baik mereka kelak.

“Selain itu, pilih juga peguam yang aktif dengan sesuatu persatuan, NGO atau pertubuhan yang memperjuan­gkan isu masyarakat kerana sudah pastilah mereka juga akan memperjuan­gkan nasib anak guam mereka dan melindungi hak serta kepentinga­n anak guam mereka,” katanya.

Menurutnya, pengguna juga tidak seharusnya memilih peguam yang mengenakan caj yuran guaman murah saja.

“Pilihlah peguam yang komited dan anda yakin mampu menjaga hak dan kepentinga­n anda. Kos guaman urusan hartanah kebanyakan­nya adalah sama antara satu peguam dengan peguam lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia