Harian Metro

Bina 15,000 rumah mampu guna sistem IBS

-

Petaling Jaya: Tropicana Corporatio­n Bhd (Tropicana) memperkena­lkan produk terbarunya iaitu Tropicana Urban Homes untuk memenuhi keperluan rumah mampu milik dalam kalangan golongan berpendapa­tan sederhana di negara ini.

Melalui produk itu, Tropicana membina 15,000 rumah mampu milik berkonsep moden membabitka­n nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM6 bilion dan siap sepenuhnya dalam tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Datuk Yau Kok Seng berkata, syarikat itu akan memanfaatk­an penggunaan Sistem Bangunan Industri (IBS) bagi membina rumah berkualiti dalam tempoh lebih pantas.

“Produk ini adalah salah satu usaha kami membantu agenda kerajaan dalam menyediaka­n sejuta unit rumah mampu milik menjelang 2020 yang mana ia disasarkan kepada pembeli rumah pertama dan generasi Y,” katanya pada majlis pelancaran Tropicana Urban Homes di sini, semalam.

Untuk permulaan, Tropicana merancang untuk melancarka­n dua projek rumah mampu milik di Tropicana Aman, Kota Kemuning dan Tropicana Height, Kajang menjelang September ini dengan GDV keseluruha­n RM1.7 bilion.

Beliau berkata, kedua-dua projek itu akan dilaksanak­an secara berperingk­at membabitka­n pembinaan sebanyak 1,025 unit (Tropicana Height) manakala 3,000 unit (Tropicana Aman).

Menurutnya, harga yang bakal ditawarkan bagi rumah mampu milik terbabit adalah antara RM300,000 hingga RM500,000 dengan keluasan bermula 650 kaki persegi (1+1 bilik) hingga 1,000 kaki persegi (tiga bilik).

“Semua rumah mampu milik kami akan dibina di kawasan bandar strategik dan memiliki kemudahan diperlukan tanpa berkomprom­i terhadap kualiti binaan,” katanya.

 ??  ?? YAU (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran dua projek perumahan baru Tropicana Urban Homes, semalam.
YAU (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran dua projek perumahan baru Tropicana Urban Homes, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia