Harian Metro

Sime Darby umum pelantikan pengerusi, kepemimpin­an kanan baru

-

Lembaga Pengarah

Sime Darby Berhad mengumumka­n pelantikan pengerusi dan kepemimpin­an kanan baru masing-masing bagi anak syarikatny­a termasuk Sime Darby Plantation Berhad dan Sime Darby Property Berhad.

Kumpulan itu berkata, kepemimpin­an Sime

Darby Berhad bakal mencermink­an sifat perniagaan global berikutan 80 peratus hasil disumbangk­an dari luar negara.

Katanya, syarikat diterajui individu berkemahir­an dan berpengala­man untuk mengurus organisasi yang besar dan dihormati bagi integriti serta kebolehan mereka dalam perniagaan.

Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah akan dilantik sebagai Pengerusi Sime Darby Berhad, manakala Jeffri Salim Davidson Ketua Eksekutif Kumpulan yang baru menggantik­an Tan Sri Bakke Salleh.

Sime Darby Plantation Berhad pula bakal menerima Pengerusi baru iaitu Tan Sri Abdul Ghani Othman manakala Bakke dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif serta Pengarah Urusan.

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Abdul Wahid Omar dilantik sebagai Pengerusi Sime Darby Property Berhad dan jawatan pengarah urusan bakal disandang Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Amrin Awaluddin.

 ??  ?? AMRIN
AMRIN
 ??  ?? ABDUL Wahid
ABDUL Wahid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia