Harian Metro

Lelaki kaki terangkat dapat bantuan kerajaan

-

Anuja (Nigeria): Seorang lelaki yang dilahirkan dengan kaki kiri terbalik dan terangkat ke atas kini mendapat bantuan kerajaan selepas gambarnya tular di media sosial.

Gambar lelaki yang tidak dinamakan itu dirakam seorang wanita, Petra Akinti Onyegbule di sebuah kampung berhampira­n Ugbamaka, Olomaboro di negeri Kogi.

Petra kemudianny­a memuat naik gambar itu di media sosial dan merayu orang ramai untuk membantu lelaki berkenaan.

“Hati saya tersentuh ketika bertemu lelaki ini. Bolehkah dunia perubatan lakukan sesuatu untuk keadaan seperti ini?” soal Petra.

Gambar yang dirakam Petra dikongsi oleh ribuan pengguna media sosial sehingga lelaki itu mendapat perhatian kerajaan negeri Kogi.

Pembantu khas kesihatan Kogi, Ahmed Attah J memberitah­u, lelaki itu mendapat bantuan kerajaan negeri dengan semua kos ditanggung.

“Lelaki ini akan dibawa ke sebuah hospital di Lokoja untuk bertemu seorang doktor pakar tulang.

“Doktor pakar berpendapa­t kecacatan lelaki ini mungkin boleh diperbaiki.

“Saya yakin selepas ini lelaki ini bakal menjalani kehidupan yang lebih baik,” jelasnya. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR yang dirakam
Petra menunjukka­n keadaan kaki kiri lelaki itu yang terangkat ke atas
dan terbalik. - Agensi
GAMBAR yang dirakam Petra menunjukka­n keadaan kaki kiri lelaki itu yang terangkat ke atas dan terbalik. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia