Harian Metro

AKHIRNYA TIBA DI MAKKAH

 Lelaki Indonesia jalan kaki untuk kerjakan haji kini sampai di Kaabah

- Agensi Jakarta

Selepas menempuh perjalanan selama hampir setahun dan berdepan pelbagai rintangan akhirnya seorang pemuda yang berjalan kaki dari kampungnya di Indonesia untuk mengerjaka­n haji selamat tiba di tanah suci Makkah.

Mochammad Khamim Setiawan, 28, mula berjalan kaki dari kampung Wonopringo di Pekalongan, Jawa Tengah pada 28 Ogos tahun lalu menuju ke Makkah bagi mengerjaka­n haji.

Khamin memulakan ekspedisi itu bersama dua lagi rakannya tetapi mereka mengalah sebelum melepasi Jawa Tengah menyebabka­n dia meneruskan perjalanan seorang diri.

Graduan jurusan ekonomi dari Universiti Negeri Semarang ini menyasarka­n tiba di Makkah pada 30 Ogos ini iaitu sebelum hari wukuf.

Namun, Khamim tiba lebih awal apabila gambarnya memakai ihram di hadapan Kaabah dimuat naik di Facebook kelmarin.

“Alhamdulil­lah, sudah

Saya tidak pernah meminta-minta tetapi saya sering bertemu dengan penduduk yang memberi saya makan dan bekalan lain”

Khamin

sampai di Makkah untuk mengerjaka­n ibadah haji,” katanya.

Pengembara­an luar biasa Khamin itu mendapat liputan meluas media di Indonesia serta luar negara selepas kisahnya tular di media sosial.

Dalam satu wawancara dengan akhbar Khaleej di Emiriyah Arab Bersatu, Khamin berkata, dia sering bermalam di hutan, masjid, atau kediaman penduduk yang menjemputn­ya dan rumah ibadat agama lain.

“Saya tidak pernah meminta-minta tetapi saya sering bertemu dengan penduduk yang memberi saya makan dan bekalan lain.

“Saya juga kerap singgah di rumah ibadat agama lain dan mereka melayan saya dengan baik,” katanya.

Menurutnya, dia sering berpuasa sepanjang perjalanan dan meminum air bercampur madu untuk menguatkan badan.

Menurutnya, dia membuat persediaan selama beberapa tahun dan mendapatka­n visa untuk masuk ke setiap negara yang dilawatiny­a.

 ??  ?? GAMBAR yang dimuat naik di Facebook ini menunjukka­n Khamin yang memakai ihram berdiri di hadapan Kaabah. - Agensi
GAMBAR yang dimuat naik di Facebook ini menunjukka­n Khamin yang memakai ihram berdiri di hadapan Kaabah. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia